Monday, July 15, 2013

AYAM YOGHURT WITH TOMATO SALSA



AYAM YOGHURT

6 ketul kepingan ayam
1 bekas yoghurt perasa asli (kecil)
1 bekas (guna bekas yoghurt) air
Sedikit pewarna merah (pewarna nasi beriani)
Sedikit garam
1 sudu teh garam masala

Campurkan bahan di atas dan perapkan ayam di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.  Panggang di dalam oven dengan suhu 200'c selama 1 jam atau sehingga masak.  Dimakan dengan tomato salsa.



TOMATO SALSA

1 biji tomato - buang isinya
1/2 biji lada benggala merah
1 biji timun jepung
1/2 ulas bawang besar

Semua bahan di atas dipotong dadu.

Campurkan dengan:-

1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada hitam
Perahan 1/2 biji lemon
Garam/Gula secukupnya
Daun Ketumbar

Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

2 comments:

Mamasya said...

Slmt berpuasa Nina

hidangan berbuka yg sedap....ada ayam yogurt,tomato salsa. tp yg teringin nak makan bulan puasa ni karabu sare itu. lama betul tak mkn....tunggu balik kelate baru dpt rasa.

Babybatriesyia said...

Salam ramadhan juga buat Mamasya.....tu le....kerabu sare tu kalu balik kg nina suka beli je.....nak buat tak berbaloi sbb tak sumer org makan....sini tak upaya le susah dapat gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...