Thursday, September 3, 2009

~Menu Buka Puasa 12~

Semalam tak tahu nak masak apa sebenarnya.....asik2 tengok ayam....boring ler pulak kan....memandangkan tempoh masa nak masak cuma ada 1 jam setengah jer..........maka aku belasah jer mana yg leh cepat siap....menu aku simple2 saja....sempat ler rehat 1/2 jam sblm bukak pose....itu ler rutin aku hari2 kalu bukan hari cuti....



Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan Tumbuk
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Kunyit Hidup

Santan Secukupnya
Udang
Kacang Buncis - dipotong serong
Lada Merah - dipotong serong
Serai - dititik

Garam/Gula secukupnya

Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan. Biar mendidih. Baru masukkan udang dan serai. Biar ia mendidih lagi dan akhir sekali masukkan kacang buncis, lada merah, garam dan gula secukupnya.








Sosej Goreng Bersama Kentang

Sosej - dipotong serong
Ubi kentang - dihiris dan digoreng garing
Bawang Merah - dihiris
Bawang Putih - dihiris
Kicap Manis secukupnya
Air Asam Jawa

Tumiskan bawang putih dengan bawang merah. Masukkan sosej dan goreng hingga garing. Masukkan kicap manis dan air asam jawa. Akhir sekali baru masukkan ubi kentang tadi.



SomTam - yang en hubby beli sbb dia tahu aku suka makan somtam ni.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...