Tuesday, September 8, 2009

~Meh Buat Solok Lada~

Solok Lada - makanan peberet aku, al maklum ler....anak jati kelate ler katakan....walau dah lama merantau, tak de lagi ler makanan yg leh lawan sumer makanan kegemaran aku dari pantai timur.....makanan peberet aku dah tentu ler makanan negeri kesayangan aku kan......hehe....jangan maree......kebetulan dapat gak cari lada hijau yang gemuk2 ni.....susah betul nak jumpa.....jadi, projek solok lada aku pun bermula.....

SOLOK LADA

4 biji Lada Hijau (yg gemuk2)
Kelapa Parut (yg putih seeloknya)
Isi Ikan Mentah
4 ulas Bawang Merah
10 biji Lada Hitam
Garam, Gula

Cara Menyediakannya:


1. Tumbuk kelapa parut, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.



2. Lada hijau tadi dibelah perutnya, buang biji2 di dalamnya.



3. Ambil isi ikan mentah. Masukkan dlm bahan tumbuk tadi, tumbuk lagi hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.



4. Sumbat bahan tumbuk tadi ke dalam perut lada hingga penuh.


5. Ini yang dah siap disumbat.



6. Tuangkan santan ke dalam periuk yang berisi solok tadi. Masukkan garam sedikit. Biar ia mendidih dan kuahnya sedikit kering.



Ini yang dah siap....taraaa......mudah jer....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...