Tuesday, September 8, 2009

~Ketupat Sotong~



Jangan ler maree.....kali ni entry aku asik makanan peberet aku jer......tak susah pun nak buat.....

Ketupat Sotong

4 ekor sotong (yang badannya gemuk sikit...hehe)
Santan Pekat
Pulut (direndam dalam santan tadi selama 1/2 jam)
2 keping Gula Manisan
Sedikit Garam
Daun Pandan - dicarik2

Bersihkan sotong tadi, cabut kepalanya. Pulut yang telah direndam tadi dimasukkan ke dalam perut sotong. Tinggalkan sedikit ruang untuk dicantum kepalanya. Kemudian, cantumkan kembali kepala sotong tadi. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan kepalanya. Buat sehingga semua selesai. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yang berisi sedikit air, masak dulu sotong sebentar. Bila air dah tinggal separuh, baru masukkan santan, gula manisan dan sedikit garam bersama daun pandan. Biarkan hingga kuahnya pekat barulah diangkat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...