~Cerita Hari Raya 2009~

Lama betul aku tak jenguk blog.....kesibukan melanda diri menyebabkan aku asyik menangguhkan masa nak bukak blog dan mengemaskini......mood nak update blog masa raya mmg tak ada......beberapa entry sebelum raya pun terpaksa aku tangguh sehingga ke hari ini untuk diceritakan di sini....

Tak tahu mana nak mula sebenarnya, tapi memandangkan kita semua masih dalam mood raya, aku cerita pasal hari raya je le ya.....tak ada apa yang menarik sangat....citer biasa2 sahaja....Memandangkan beberapa hari sebelum raya aku ada citer pasal baju raya, aku nak sambung ler citer pasal baju raya anak2 aku tu.....baju raya anak2 kiranya baju raya bidan terjun ler....aku siapkan dalam masa sehari sebelum hari raya.....punya ler kelam kabut, apa lagi sehari sebelum raya aku sibuk menyiapkan kek2 tempahan customer untuk raya......nak tak nak, aku kena selitkan jugak acara menjahit baju raya anak2.....kalu tak, tak complete ler raya kali ni....itu pun yang aku tayang ni belum siap jahit lagi leher bajunya......



Malam hari raya aku sambung jahitkan leher baju sambil masak lauk nasi dagang untuk dimakan pada pagi hari raya tu......kiranya malam raya aku tak dapat tidur langsung sampai ler pukul 6 pagi.....bertongkat mata aku nak siapkan nasi ngan baju sekali harung.....alahai....haru...haru....tapi bila tengok anak2 pakai baju, rasa happy jer sebab akhirnya dapat gak aku siapkan sendiri untuk mereka....



Hari raya pertama aku sambut kat rumah ajer.....tahun ni aku balik kg hari raya kedua sebab ada majlis perjumpaan keluarga belah en hubby pada raya kedua tu.....petang lepas majlis baru kami balik.....Pagi hari raya selepas en hubby balik dari sembahyang raya, kami bertolak ke rumah abang ipar aka abang sulung en hubby......dekat jer......lepas tu ziarah kubur arwah pak mentua.....kemudian sambung jalan2 ke rumah abang ipar sorang lagi.......abis jalan2 dah petang.....aku sebenarnya dah mengantuk giler2......ye ler....malam raya tak tidur langsung.....petang tu acara aku melenakan diri.....hehehe......lepas tu baru ler sibuk aku siap2kan pakaian untuk bawak balik kampung esoknya selepas abis majlis reunion family en hubby tu.....

Aku sampai umah mak dalam pukul 2 pagi.....majlis abis lewat petang tu, pastu on the way sempat lagi singgah2 kat Pekan Rabu nak beli vcd untuk anak2 tengok citer atas keta nanti......adik aku yang kerja kat jpj dah bertolak balik mlm tu gak sbb esoknya dia kerja......aku tak sempat jumpa dia raya tu tapi nasib baik dia balik pulak selang beberapa hari selepas tu.....kira tahun ni sejarah ler sbb semua adik2 dapat balik beraya bersama walaupun sekejap saja.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...