Friday, May 15, 2009

Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake



Chocolate Cream Cheese Chiffon Cake
Source : Chinese Magazine

Bahan A
50 gm butter
120 gm cream cheese
20 gm susu segar

Bahan B
5 biji telur merah
30 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
5 biji putih telur
80 gm gula castor
1/4 sudu teh cream of tartar @ boleh gunakan sedikit garam/perahan limau nipis

Cara menyediakannya

Bahan-bahan A dimasak secara double boiler. Kacau hingga sebati dan sejukkan. Ketepikan sebentar. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga ia sebati. Ketepikan. Bahan C diputar hingga menjadi meringue. Ambil sedikit dr meringue tadi dan gaulkan dengan adunan di atas. Kemudian baru campurkan adunan ini ke dalam meringue dan gaulkan hingga ia sebati.

Tuangkan ke dalam acuan chiffon berukuran 20 cm (tidak perlu griskan) dan bakar kek selama 35-40 minit pada suhu 170-180'C. Angkat acuan dan terbalikkan acuan dan biarkan ia begitu sehingga kek benar2 sejuk. (Saya biarkan hingga keesokan paginya baru dikeluarkan kek dr acuan, waktu ini just renggangkan tepinya dengan pisau). Ini untuk mengelakkan kek chiffon dr jatuh atau mendap.


Proses penyejukan kek chiffon**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...