Orange Chocolate Chip Muffin



Bahan Kering

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

Bahan Basah

1/2 cawan @ 80 gm mentega, dicairkan
1/2 cawan gula castor
45g cream cheese, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
1/4 cawan orange juice (sunquick)
1/2 cawan chocolate chips (salut dengan sedikit tepung gandum)

Cara

Panaskan oven ke suhu 180'C. Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar dan kacau rata. Buatkan lubang ditengahnya. Ketepikan. Cairkan butter, angkat dari api dan masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati. Tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau hingga ia jadi berketul2 gitu...jangan terlalu kacau atau muffin akan jadi keras. Taburkan chocolate chips tadi dan gaul sedikit. Masukkan adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...