Orange Butter Cake


Teruja dek melihat kek yang dibuat oleh maklang dan juga semasa membaca buku resipi Alex Goh, terpandang resipi yang sama.....so apalagi, buat percubaan kek oren ini.....my verdict is that, the cake is so delicious.....saya buat sedikit penambahan, saja nak bagi nampak real sikit....

ORANGE BUTTER CAKES

Bahan A

200 gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu besar tepung susu (i make it 2 tbs)
250 gm mentega

Bahan B

5 biji telur
175 gm gula castor

Bahan C

2 sudu besar jus oren (saya gunakan sunquick orange)
Parutan dari 1 biji lemon
Sedikit Perasa Orange Paste
Sedikit Pewarna Oren

Putar A hingga semua bahan bercampur sebati dan gebu. Putar bahan B hingga pekat selama 10-15 minit (saya gunakan high speed) Tambahkan bahan C ke dalam adunan B. Gaul sebati. Tuangkan adunan B ke dalam adunan A dan kacau dengan menggunakan whisker sahaja. Kacau sehingga semua bahan bercampur sebati. Tuangkan ke dalam acuan 7" x 7" dan bakar selama 45 minit - 1 jam (atau sehingga masak).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...