Carrot Cheese Cake


Carrot Cheese Cake

Bahan A

125 gm cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
150 gm mentega - dilembutkan pada suhu bilik
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B

230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - kedua bahan ini diayak

Bahan C

50 gm parutan lobak merah - perah buang airnya
1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakannya

Panaskan suhu pada 170'C. Putar bahan A hingga ia menjadi berkrim. Masukkan gula castor dan putar hingga ia kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga ia gebu. Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja. Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila. Bakar secara bain marie (iaitu meletakkan bekas kek di dalam bekas yg berisi air) selama 60 minit @ sehingga masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...