Tuesday, April 20, 2010

~Hari Sukaneka Taski Ummu Aiman~


Baby memang dah excited nak ikut sekali Sukaneka kat taski dia....siap balik citer kata cikgu soh bawak sekali mama ngan papa ngan kakak ngan along pergi sukaneka tu.....tapi kebetulan lak hari yang sama kakak ada saturday school, along lak ada program motivasi kat Jitra......jadi kesian le pulak, so temankan le dia ke program tu ngan papanya.....

Ada le 2 acara yang dia masuk secara berkumpulan.......main yang mula2 dapat No 2, main yang kedua dpt le No 1......seronok betul budak2 ni dpt hadiah.....janji dpt hadiah kira ok le tak kira nombor apa yang dapat, semua dapat lebih kurang je....bagi budak2 ni rasa happy je...cikgu dah bahagi tiap group ikut warna rumah masing2.....baby dok umah kuning.....masa main game, ikut umur.....so baby dok dalam group 5 tahun.....aku mula2 mmg tak mau ikut sbb takut dia menepek kat sebelah je, sbb manjanya yang terlebih tu....sib baik ok le pulak dia main ngan kawan2 dia.....kalu tak, hari2 nak antar ke taski, mesti kena sampai ke dalam taski, kalu tak tak mau masuk.....asik tarik baju aku je....hehe.....

4 comments:

Anonymous said...

Salam. Puan Nina, saya Fauziah. Boleh tak Puan buat sedikit catatan tentang Taski Ummu Aiman? Macam mana nak daftarkan anak-anak ke sana dan syarat-syarat kemasukan seperti umur atau syarat2 lain serta no telefon Taski Ummu Aiman? Saya amat berminat untuk menghantar anak buah ke sana tetapi tidak tahu cara. Harap Puan dapat berkongsi maklumat bersama-sama dengan pembaca yang lain. Terima Kasih

Babybatriesyia said...

Salam Pn Fauziah, nanti saya carikan maklumat untuk makluman Pn Fauziah....Taski Ummu Aiman ni terletak dalam kawasan perumahan yang diwakafkan berdekatan Taman Melati Indah, Beseri. Kebanyakan pelajar pra dari Taski ni meneruskan pengajian secara swasta di Sek Ren (A) Melati dan seterusnya ke MATRI...tidak silap saya, anak2 boleh dihantar ke taski ini seawal umur 3 atau 4 tahun, di sini sekolah menekankan kepada konsep islamik...apa2 saya info ya puan....leh puan email saya untuk saya bagi detail jika ada nanti....

Anonymous said...

Salam. Terima Kasih banyak-banyak atas maklumat yang Puan beri tu. Macam mana saya nak tahu email puan. Saya tak ada FB kalau2 saya nak contact puan. Kalau saya nak daftarkan anak buah nanti, boleh saya pergi terus ke taski tu atau macam mana? Saya bercadang nak hantar untuk tahun hadapan bila dia berumur 4 tahun. Terima kasih sekali lagi atas maklumat ini.- Fauziah

Babybatriesyia said...

Salam puan....sama2.....saya syorkan ada baiknya puan terus ke taski tersebut sbb selalunya borang permohonan keluar sebulan dua sblm tamat tahun ini utk kemasukan baru.....apa2 ni email saya ya: batriesyiahomemade@gmail.com. Puan boleh hubungi saya jika ada apa2 persoalan yg saya boleh bantu, saya akan bantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...