Wednesday, February 18, 2009

RENDANG UDANG

Recap from my fp

RENDANG UDANG

Bahan-bahan

1/2 kg udang besar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 cawan santan pekat - dicampur dengan 1 cawan air
4 sudu besar kerisek
2 sudu besar serbuk cili kering
1 batang serai - diketuk
Minyak masak secukupnya
Garam/Perasa

Bahan Giling

4 ulas bawang merah
3 inci halia muda
2 in lengkuas
2 batang serai
2 sudu kecil kunyit serbuk
5-6 biji cili padi
2 helai daun kunyit

Cara

Panaskan minyak dan goreng bahan giling hingga naik baunya. Tambahkan serbuk cili dan tumis hingga sebati. Kemudian masukkan santan, serai yg diketuk serta kerisik. Biar menggelegak sebentar baru masukkan udang. Kemudian biarkan hingga ia pekat dan kuahnya terbit minyak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...