Al Fatihah

Al Fatihan buat 2 orang pelajar UiTM Arau yang meninggal dunia pagi semalam kerana kemalangan jalan raya di Tambun Tulang, Perlis.......2 orang lagi cedera parah.....


"Norhafiza Zafarullah, 20, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau yang maut bersama seorang lagi rakannya manakala dua lagi cedera parah setelah kereta yang dinaiki terhumban ke dalam Terusan Arau di Kampung Belat Batu, Tambun Tulang di sini. Turut terbunuh dalam kemalangan pukul 7.50 pagi itu ialah pemandu kereta Proton Wira, Azmir Syazwan Suhaimi, 21, manakala dua rakan mereka iaitu Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, cedera parah"


Untuk pengetahun, jalan Tambun Tulang ni mmg jalan maut.......ramai jugak student UiTM yang terkorban di situ......jalannya sebenarnya sangat lengang......jalan itu kalu dari Arau mmg tak banyak kereta......sebelah kanan jalan adalah terusan.......kebanyakan kemalangan yang berlaku di kawasan terusan.....kalau nak ikut, jalan tu kelihatannya tak merbahaya pun......tp sudah kerap kejadian di kawasan tersebut.......apa pun, berhati2lah di jalan raya......elakkan memandu di dalam keaadan mengantuk.....kejadian berlaku sekitar awal pagi.....mungkin disebabkan terlalu mengantuk.....

Saya sendiri lebih suka menggunakan jalan ini untuk 'short cut' ke Alor Setar berbanding mengambil jalan highway kerana jalan ini lengang dan pokok2 di tepi jalan mmg menyejukkan perjalanan......tp itu ler, malang tak berbau......

Setakat ini maklumat yang kita tahu, pelajar2 dari Fakulti Sains Geomatik.....

Al Fatihah.....

1 comment:

Anonymous said...

Al-Fatihah..smoga roh abg ayan dcucuri rahmat..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...