~Singgang Daging Tulang Rusuk~



Best giler dapat buat masak singgang nih.....kdg2 tak bape berani nak masak pun sbb tak de sapa nak makan kat umah......kali ni cuma utk aku ngan hubby makan je sbb pedas.....tak pedas tak kick le jadi anak2 mmg tak leh nak makan le.....bila makan, aku teringat masakan K Zaharah aka mok ghoh, opismate lama aku kat kelantan, kawan2 lama yang sangat baik ngan aku di samping k na yang sentiasa aku rindui, antara opismate yang sangat2 close ngan aku.....apa citer mok ghoh sekarang? sihat ke?.......rindu betul ngan dia orang sumer......citer pasal mok ghoh, dek kerana kesedapan singgang dia ler aku jadi kemaruk ngan singgang, siap aku mintak ajar aku buat lagi......mak aku tak biasa buat ala2 mcm ni walaupun ni mmg makanan tradisi di kelantan......tp aku dah berazam la ni nak kumpul2 sumer masakan2 negeri aku dan nak buat sampai aku leh ingat je dlm kepala hehe.....

~Singgang Daging Tulang Rusuk~

Daging + Tulang Rusuk
Bawang Merah - dihiris halus
Halia - dihiris halus
Lengkuas - dihiris halus (lebihkan)
Bawang Putih - dihiris halus
Biji Ketumbar - ditumbuk
Air secukupnya
Gula Nise (Gula Melaka)
Lada Kering - direndam dlm air panas dan dipotong2 sahaja
Asam keping
Garam/Gula/Perasa

Rebus daging + tulang rusuk hingga empuk bersama semua bahan hiris bersama ketumbar.  Masukkan asam keping, gula melaka, lada kering, garam, gula dan perasa.  Masak hingga daging lembut. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...