Monday, October 18, 2010

~Roti Jala~


Untuk pertama kalinya dalam hidup aku menjala roti jala sebanyak nih......untuk makan2 along ngan rakan2nya, aku sediakan dlm 2 kg tepung untuk buat roti jala ni......4 jam ko dok menjala.....dr kul 9 pagi sampai le kul 1 tengahari.......sampai kejang2 rasa tangan dan kaki.......penat tau......dah le bekas untuk menjala lak cuma mata satu....hmm....boleh tahan gak aku menjala......padahal pernah le sekali dua dulu buat tp takat 5-6 keping je.....hahaha.....skrg tu diaaa.....sampai 2 kg tepung buat.....leh le ambik order pasni nampak gayanya....hehehe.....

Resipinya aku ceduk dari satu blog nih....tp dah bnyk aku alter2 sbb nak sesuaikan ngan kepekatan adunan nih.....tp overall aku suka ngan resipi nih.....

~ROTI JALA~
**aku buat double resipi nih....resipi copy paste je....tq to ownernya ya....

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan cair
4 cawan air ++ (aku guna extra dlm 1 cawan lagi setelah didoublekan adunan)
1 sudu teh garam
serbuk kunyit secukupnya @ pewarna kuning
minyak dan daun pandan untuk menjala

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Tapiskan ke dalam mangkuk. Cuba adunan menggunakan acuan. Jika adunan pekat, tambah sedikit air kerana kadangkala jenis tepung gandum berbeza, mempunyai kecairan berbeza

2. Sediakan kuali leper di atas dapur. Panaskan dan sapukan permukaannya dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarik sedikit dan diikat agar roti jala tidak melekat.

3. Apabila masak, angkat roti jala dan letakkan dalam pinggan. Jangan lipat lagi. teruskan menjala lagi. Sementara menunggu roti jala masak, lipatkan roti jala pertama tadi. Buat begitu berselang-seli hingga habis adunan.

*** roti jala yang baru diangkat masih rangup dan susah untuk dilipat. Biar 1 minit baru roti jala jadi lembut

**untuk kuali menjala nih aku guna kuali non stick dr Tesco RM14.90 je rega....tp mmg berbaloi menjala atas kuali nih......



Kuah kari ayam ni buat makan ngan roti jala.....plannya nak buat kuah durian tp sayangnya aku tak jumpa buah duriannya pulak.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...