~Dari KL Turun Ke Baling~


Cuppies ni order dari seorang anak sempena persaraan ayahnya nun jauh di Baling.....aku sangat berbesar hati dapat memenuhi permintaannya sbb aku tahu sangat besar ertinya ingatan seorang anak itu bagi seorang ayah......aku faham....

Buat Emilia yang berada di KL yang membuat tempahan, terima kasih banyak2 ya.....aku tidak kisah walaupun terpaksa travel ke sana selama 3 jam lamanya (dan pergi balik dlm 6 jam) untuk membuat penghantaran kerana Emilia pun bersetuju dengan kos delivery yang aku kenakan seminima yang mungkin.....aku cuba memenuhi harapan seorang anak kerana tidak dapat pulang meraikan bersama ayah tercinta......tak susah mencari rumah Emilia sbb aku dah biasa ngan area Baling tu......

Selesai buat delivery, Emilia menelefon mengucapkan terima kasih.....Emilia pun dah tengok cuppiesnya, ibunya pun dah siap mms gambarnya sebelum aku sempat nak udpate......apa pun, terima kasih......ada 2 set.....kejap lagi aku update set yang satu lagi......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...