Thursday, February 18, 2010

~Balik Kampung & Kenduri Cukur Jambul~


Masa kaum lain sibuk balik beraya, aku pun tumpang sekaki balik kampung jugak......maklum le....sekali sekala baru dapat balik....tu pasal blog ke email ke aku tak dak mood nak jenguk......rasa nak relax je....seronok dapat balik kampung.....anak2 pun mcm tu jugak.....dari mula naik keta asik tanya2 bila le nak sampai....tak sabar betul nak tengok sepupu baru mereka tu....


Mak buat sedikit majlis cukur jambul untuk baby kecik adik aku......cuma panggil orang2 masjid je sedikit.....majlis buat awal2 pagi selepas jemaah balik dari masjid subuh tu....

Mak masak kuzi ayam ngan roti jala ngan roti untuk makan2......sedikit pulut kuning untuk tetamu bawak pulang bersama dengan bunga rampai.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...