Nasi Dagang











Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan yang singgah di sini......tentu ramai yang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.....alhamdulillah....semuanya sudah selamat nampaknya....

Tahun ini, kita sediakan nasi dagang buat juadah pada pagi hari raya......banyak yang kita sediakan, separuh daripadanya kita bawak ke rumah ipar untuk santapan dia orang.....bagi setengah orang, nasi dagang dihidangkan juga bersama dengan sambal kelapa tapi kebiasaan tu kita orang sekeluarga tak pernah buat, jadi benda tu mcm tak perlu ada.....apa pun terserah masing2 ler.....

Nasi Dagang (utk 20 orang makan)

2 kg beras nasi dagang (dibasuh dan direndam selama semalaman, toskan)
Hirisan halia
Hirisan bawang putih
Hirisan bawang merah
Halba
Santan Pekat - Anggaran 3 cawan, jika nampak tak berapa lembut, tambah santan dan kukus lagi
Garam (masukkan ke dalam santan)

Mula2 kukus nasi dagang tanpa apa2 bahan terlebih dahulu. Kemudian baru angkat, dan gaulkan dengan santan, hirisan halia, bawang putih dan bawang merah serta halba. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi. Ulang 2-3 kali hingga ia menjadi lembut.

Gulai Ayam Nasi Dagang

Ayam - dipotong ikut suka
Santan Pekat + cair
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas - keempat bahan tadi ditumbuk halus
Rempah Kari
Sedikit Cili Boh
Garam
Gula
Lada hijau

Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes (untuk anggaran seekor ayam guna 3 paket rempah kari yg biasa tu). Masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak. Masukkan santan pekat dan ayam. Gaul rata. Kemudian masukkan santan cair, garam, gula dan biarkan ia mereneh sebentar tanpa dikacau. Masukkan lada hijau dan biarkan hingga ia pekat.

Acar Mentah

Timun batang
Lobak Merah
Nenas
Bawang Merah
Lada Merah

Cuka
Garam
Gula

Campurkan cuka, garam dan gula. Hiriskan sayuran tadi ikut suka. Gaul dan perap sebentar untuk rasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...