Ayam Goreng Berempah



Ini untuk hidangan tengahari....cuma kita makan ngan anak2.....sekali sekala tukar cara masak, selalu main goreng ajer.....kali ni kita buat ala2 berempah tapi still anak2 boleh makan......sapa yg nak cuba boleh tengok resipinya yg kita sertakan di sini.....mudah jer...

Ini rempah yang digunakan......ketumbar, jintan putih dan jintan manis




Ayam Goreng Berempah

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Tumbuk semua bahan di atas dan gaul dengan ayam yg telah dipotong kecil2....

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Kunyit Hidup

Daun Kari (hiris halus dan digaul bersama ayam)
1 biji telur
Garam

Tumbuk semua bahan ini hingga lumat dan gaul dengan ayam tadi. Masukkan garam dan sebiji telur dan gaul rata. Perap selama 1 jam.


Goreng perapan tadi hingga ia masak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...