Wednesday, July 25, 2012

~Menu Iftar 2012 - Daging Ketumbar~



Salam Ramadhan masuk hari ke 5 sudah ya.....sekejap je masa berjalan......kerja saya pun masih banyak yang tertangguh.....tak tahu le bila masa free nak ada.....semalam hajatnya hendak mula buat cookies tp tiba2 bilik kerja saya kebocoran le pulak.....semalam hujan lebat.....bila fikir2 mmg patut pun terminate kerja2 kontraktor tu dulu......saya yang tak reti bab rumah2 pun leh buat andaian tentang hasil kerja dia orang, jadi sepatutnya dia orang buat kerja lebih sempurna....walaupun en hubby masih rasa ralat, saya yakinkan dia bahawa tak ada apa yang salah.....tengok le apa hasilnya, kami jugak yang terpaksa tanggung untuk kerja baik pulih, bukannya orang senang nak buat kerja2 tak abis sepanjang masa......maka disebabkan itu, kerja2 tak leh berlangsung le....tangguh lagi......nasib2....

Apa pun, semalam menunya biasa2 sahaja.....salah satu menu terlupa nak snap, jadi apa yang ada je le arini ya.....semuanya simple2 sahaja.....

~DAGING KETUMBAR~
Source : Majalah Keluarga
Ubahsuai Oleh : Nina

Segenggam daging (dihiris nipis2)
Garam + Serbuk Kunyit secukupnya

Goreng dulu daging yang telah digaul dengan garam dan serbuk kunyit hingga garing.

Bahan lain
1 ulas bawang besar
1 biji lada merah
2 inch halia
2 ulas bawang putih

Semua bahan dihiris halus.

Kacang Panjang - dipotong2
Daun Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Ketumbar

Tumiskan bahan hirisan tadi hingga wangi.  Kemudian masukkan semula daging yang telah digoreng tadi.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan daun ketumbar.  Gaul2 rata lagi.  Akhir sekali taburkan sedikit daun ketumbar untuk hiasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...