Tuesday, July 24, 2012

~Menu Iftar 2012 - Ayam Masak Sos Bermadu~

Saya buat ni atas permintaan anak dara saya....yang suka sangat makan ayam ala2 macam ni...macam ayam masak pedas.....since bulan2 pose ni tak boleh nak merasa, saya elakkan le dr guna cili boh saja takut nanti kalau pedas anak2 tak boleh pulak nak makan.....sikit je memadai....anak teruna saya jenis tak tahan pedas.....rugi pulak kan....

Menu ni sedap sangat buat makan dengan nasi ala2 beriani atau nasi minyak....kali ni saya prepare ngan Nasi Kuning gitu namanya....hehe....sebab hajat mula2 tu nak gunakan saffron....ingatkan stok saffron ada dalam gobok saya, rupanya sudah rosak huhu.....nampak sangat saya tak ambik kisah pasal saffron yang dah lama saya beli tu.....


~AYAM MASAK SOS BERMADU~

8 ketulan ayam (saiz sederhana, dilumur garam dan digoreng separuh masak)

Bahan ditumbuk halus:-
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
4-5 hirisan nipis halia
2 ulas bawang putih

Bahan Rempah:
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga

1 sudu besar cili giling
1 cawan sos tomato
2 sudu besar madu
1/2 tin susu cair
 1/2 labu bawang besar - dihiris bulat

Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan bahan rempah hingga naik wangi.  Masukkan cili giling tadi dan tumis lagi hingga wangi.  Masukkan sos tomato bersama madu dan sedikit air.  Masukkan susu cair.  Masukkan ayam dan biarkan hingga menggelegak dan sedikit pekat.  Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi dan gaul hingga sebati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...