Wednesday, July 11, 2012

~Cream Puff~



Saya suka makan cream puff.....tak dak inti pun tak pe....sbb bila makan cream puff, mcm makan kapas je rasa....ringan je.....oleh sebab dah biasa buat untuk berjualan jugak, kiranya dah reti nak agak tekstur adunan yang betul sebelum dan selepas masak....lately ni customer suka order cream puff nih.....buat kecik2 sekali ngap masuk mulut.....nyaman je...

Ni saya lampirkan resipi yang biasa saya buat, kalu rajin silakan cuba.....kalu tak rajin, leh je order ngan saya....hehe...

Cream Puff
Sumber asal : Rahanis
Ubahsuai oleh : Nina

250 gm butter
500 ml air
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
8 biji Telur Ayam

Air dan butter disatukan dan dimasak di atas api dapur hingga mendidih.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan kacau cepat2 sehingga adunan tidak melekat lagi pada periuk.  Tutupkan api dan sejukkan sebentar.  Gunakan whisk dan kacau adunan tadi.  Masukkan telur satu persatu sambil diputar dengan whisk hingga adunan lembut dan sedia untuk dipaip.

Paipkan adunan di atas loyang (saya tak lengser dengan minyak atau alas dengan kertas minyak).  Gunakan suhu 150'C dan bakar selama 45-1 jam (bergantung oven masing2).  Sekiranya masih terdapat buih2 pada craem puff, bermakna cream puff belum masak....begitu juga sekiranya cream puff tersebut tidak bergerak dari loyang (tapak masih melekat, masih belum masak dalamnya).....tambahkan masa membakar ya.  Kemudian bila dah masak, angkat dan sejukkan sebelum diisi inti. 

Inti Kastard

500 ml susu segar
100 gm tepung kastard
2 biji telur
100 gm gula
1 sudu besar butter

Campurkan semua bahan kecuali butter dan masak di atas api dapur hingga pekat.  Bila pekat, masukkan butter.  Sejukkan sebelum dipaipkan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...