~Nasi Dagang dan kuncu-kuncunya~



Menu nasi dagang aku tak fancy.....mudah je.....tp selamanya akan jadi peberet dan hidangan wajib aku waktu pagi raya......cuma kali ni aku buat hari minggu baru nih.....untuk hidangan petang pulak tu......tukar pesen jap.....makan petang2 pun syok gak....sambil tunggu makan ngan along yg kalut ngan tuition sampai ke petang.......rasanya tahun lepas pun menu sepesen je, leh tengok sini , cuma kali ni aku tak buat acar sbb tak beli timun batang......hehe.....

Nak tahu cara aku buat tak, ini cara aku ya.....

Nasi Dagang

1 kilo beras nasi dagang
400 ml santan pekat (dlm paket) (cairkan dgn 100 ml air)
2 sudu besar halba
5 ulas bawang merah - hiris halus
2-3 ketul halia (sebesar ibu jari tiap satu) - hiris halus
Air secukupnya
Garam secukupnya

Beras dibasuh dan direndam semalaman.  Esoknya toskan.  Kemudian, kukus selama 15-20 minit.  Angkat, gaulkan dengan air cukup untuk melembapkan beras tadi.  Kukus semula.  Selepas 15 minit, angkat sekali lagi, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas, gaulkan dengan campuran santan sebanyak separuh bersama halba, bawang merah, halia dan garam.  Kukus lagi selama 10 minit, akhir sekali gaul lagi dengan lebihan santan yg ada dan kukus hingga betul2 lembut dan cukup lemaknya.

Gulai Udang/Gulai Ayam

Udang dan Ayam secukupnya (keduanya aku rebus terlebih dahulu)
5 sudu besar rempah kari (campur dengan 1 sudu gula biasa + air panas, jadikan pes)
Lada solok (lada hijau yg gemuk)

Tumbuk:
Halia
Lengkuas
Kunyit
Bawang Merah
Bawang Putih

Tumbuk lumat dan gaul dengan rempah tadi.  Tumiskan bahan tumbuk ngan rempah tadi, masukkan udang/ayam dan gaul dulu hingga sedikit pecah minyak.  Kemudian baru masukkan santan, asam keping @ asam jawa, garam dan gula jika perlu bersama lada.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...