Tuesday, October 28, 2008

Hari Ihtifal An Najaah 2008

Hari Ihtifal atau konvokesyen kakak berlangsung hari Ahad lepas di Dewan Kolej Universiti Insaniah Alor Setar.....walaupun cuma majlis untuk tadika, tapi betul ler.....mak mana yg tak rasa happy untuk anaknya......begitu ler jugak kita......excited dan bangga semua ada......masa nak ambik gambar dia di pentas, maknya yang terlebih nervous....bukan anaknya......

Kakak buat persembahan hari tu, jadi penyanyi utama berduet untuk persembahan dari sekolahnya....bakat yang langsung kita tak sangka dia ada......bukan sbb dia menyanyi tapi sebab dia sangat natural di atas pentas.....sbb kat rumah mmg berat mulut yang amat.....sekali di pentas, kakak sangat2 menghayati persembahannya......bila kita tanya tak malu ke dok kat pentas, orang ramai.....dia cakap tak......uuhhh....gitu rupanya anak mama ni......


Lagu yang dinyanyikan hari tu lagu dikir puteri.....ini kali ke dua kakak buat persembahan.....sebelum ni buat persembahan masa majlis sambutan hari raya sekolahnya.....hmmm.....mama bangga ngan anak mama sbb berani mencuba.......dan sebab langsung tak gementar kena berdepan dengan orang ramai.....


Untuk majlis konvokesyen kali ini, kakak menerima anugerah pelajar cemerlang untuk wakil daripada Arau.....ada 4 orang pelajar cemerlang, masing2 bagi tadika masing2....iaitu 2 di Alor Setar, 1 di Selangor dan 1 dari Arau......iaitu kakak.....kita pun tidak tahu dia dapat penganugerahan itu sehinggalah melihat kad undangan daripada sekolah....




Doa mama semoga anak mama akan terus berusaha menjadi anak yg solehah dan seterusnya meneruskan usaha mencapai cita2 anak mama selama ini.
Selepas ini kakak akan meneruskan persekolahan di sebuah sekolah agama swasta supaya dia dapat teruskan dengan minatnya dalam bidang agama.


1 comment:

ieda said...

sejuk perut ibu mengandung .. bertuah akak kerana dari awal lagi anak2 dah menunjukkan minat dlm pelajaran .. semoga doa dan harapan akak sekeluarga dimakbulkan ... tidak seperti segelintir ibu bapa yang mengharapkan kebaikan dari anak2 tapi dibalas dengan curahan air mata .. itulah dugaan terbesar buat kita yang bergelar ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...