Sunday, October 12, 2008

Buttercream


As promised to ida, ini dikepilkan resipi yang diminta. Mintak maaf sbb terlewat memasukkannya.....kita ni kena selalu remind, ada masa terlalu sibuk sampai terlupa.....kdg2 sms pun boleh terlupa nak balas....adus...ampunkan ler sikap kita ni.....

Ini antara koleksi resipi yg menjadi kebiasaan kita gunakan untuk menghias kek.....kedua-duanya mmg peberet resipi....so tak leh nak pilih mana yg lebih elok....ini bergantung kepada kesesuaian dan keserasian masing-masing.....kedua-duanya mmg selalu kita gunakan.....kalu nak hias bnyk kek sekaligus, kita guna re sipi 1, sbb bnyk.....kalu nak guna sikit, kita guna resipi 2 sbb senang nak cut down kuantiti......satu resipi untuk resipi 2 boleh guna untuk cover sebiji kek saiz 9" x 9".....so, selamat mencuba.....

Resipi Buttercream 1

350 gm butter/shortening
180 gm krimwell
110 gm putih telur
180 gm gula castor

Resipi ini menggunakan teknik meringue iaitu putih telur dan gula castor dimasak secara bain marie (menggunakan air sebagai pemanas). Kacau hingga gula hancur sepenuhnya dengan api perlahan. Kemudian putarkan putih telur tadi hingga ia menjadi meringue. Butter dan krimwell tadi dipukul sebentar dan masukkan ke dalam adunan putih telur. Kacau hingga ia rata.


Resipi Buttercream 2

300 gm shortening/butter
100 gm krimwell
Susu Pekat Manis (mengikut manis yg dikehendaki)

Ini yang paling mudah. Cuma putarkan shortening/butter dengan krimwell hingga adunan menjadi 2x ganda kadar volumenya. Masukkan susu pekat manis sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul.

3 comments:

@zura said...

kak nina... adunan putih telur tu dipukul semasa adunan tu masih panas ke? atau kena biarkan dia sejuk dulu baru putar???

@zura said...

Kak nina... nak putarkan adunan putih telur tu masa adunan tu masih panas atau tunggu adunan tu sejuk kejap???

|| syazwaniadnan || said...

kak nina, kalau recipe bc yg guna susu pekat or susu cair ni, dia tahan berapa lama ek kalau kt room temperature?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...