DAGING MASAK KERUTUB


Menu kerutub adalah menu tradisional kenduri2 di negeri Kelantan sejak dahulu lagi.  Sama taraf le orang kata ngan masakan kuzi, kira masakan mewah.  Di majlis-majlis perkahwinan dulu2 masak kerutub ni kira mmg special, lagipun dulu2 bukan makan stail buffet seperti sekarang, dulu2 makannya stail hidang ngan 'saprah' n dimakan ramai2 dalam 7-8 orang satu hidang.  Daging ni pun dihidang dalam bentuk 'big chunk', seketul2 gitu....nak dibuat stail buffet tak berapa sesuai le, jenuh lembu kena korban nanti.....

Yang penting nak buat kerutub mesti le rempah kerutub....orang kata leh je pakai rempah kari, sumer pun rempah....tp sebenarnya cara rempah tu diadun yang menjadikan rempah tu rasanya berlainan.  If ke kedai rempah di atas pasar siti khadijah, rempah kerutub bila dibeli akan dicampur2 pula dengan beberapa jenis rempah lain dan digoncang2 untuk disebatikan.  Kalau pakai rempah kari mmg rasanya lari le sikit....yang pandai mengadun mesti le orang yang biasa bermain ngan rempah2 ni, nak kena mix kisaran rempah pelbagai untuk menghasilkan serbuk rempah yang sebenar.

Saya pula biasanya beli di depan rumah mak di kampung sahaja memandangkan jiran saya adalah taukeh rempah ratus dan kilang dia pun depan rumah tu gak, dan setakat ni mmg suka rasa2 rempah dia, kena ngan selera.  

Untuk hidangan bekal anak ke sekolah ni dagingnya potong lebar2 dari biasa tp tak le seketul2 besar gitu, janji senang anak2 nak kunyah.

DAGING MASAK KERUTUB

Dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas

Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis

Dihiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

1 sudu besar kerisik
3 sudu santan pekat
3 sudu besar rempah kerutub } jadikan pes
1/2 sudu besar pes cili }
3/4 keping gula melaka/nise
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
Daging - secukupnya

Tumiskan bahan hirisan hingga sedikit garing bersama kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang.  Masukkan bahan kisar bersama dengan pes kerutub tadi.  Gaul2 hingga pecah minyak.  Masukkan daging dan gaul sebentar.  Masukkan air.  Masukkan juga asam keping, gula melaka, serai dan garam secukupnya.  Kacau2 sebati.  Masukkan santan pekat dan gaul2.  Masukkan kerisik dan gaul lagi hingga pes kering.  Jika hendak berkuah, tidak perlu masak terlalu lama.

Untuk memasak jenis lauk pauk ni, kita kena pandai main agak2.  Tak perlu ikut spesifik sukatan individu, kena rasa dan rasa biar kena ngan tekak.  Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita.  Kita yang nak makan, bukan orang lain.  Kita bereksperimen ikut selera kita.  Nak campak apa pun campak je le hehehe....







2 comments:

Dilah Naim said...

nampak menyelerakan.. ;-) boleh dicuba nanti..

Baby Batriesyia said...

Dilah, sila cuba.....menyelerakan makan ngan nasi panas tuh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...