Saturday, March 21, 2009

~HePi BeSdAy KaKaK & Coretan Kehadiran Mu~


Hari ini 7 tahun yg lepas, kakak dilahirkan ke dalam keluarga kami......kelahiran yang dinanti2kan selepas saya lost my 2nd pregnancy 3 tahun selepas along lahir........dan kelahiran yang sangat2 menduga hati dan jiwa saya....sesungguhnya kakak anak yang sangat istimewa....

Kakak terpaksa dilahirkan secara induce kerana uri sudah lama matang dan kandungan sudah mencapai 44 minggu tapi saya tidak merasa gesaan untuk bersalin......setelah 2x diberikan ubat mempercepat kelahiran sejak dari pagi khamis, petang itu saya baru merasa sakit untuk melahirkan.....tapi sakitnya benar lain macam sehingga saya mengerekot di atas katil di bilik bersalin sejak dari petang hingga ke malam.....apa lagi di dalam keadaan di bilik bersalin yang penuh sesak dengan ibu2 yang akan turut melahirkan pada masa itu.....terasa sangat2 tidak tahan menahan sakit.....

Setelah hampir 2 jam di 'lobi' bilik bersalin, baru ler saya ditolak ke dalam bilik yang ditutup dengan langsir sahaja itu......malam itu mmg penuh sesak.....doktor yang bertugas hanya seorang sahaja....itu pulak doktor wanita yang tengah sarat mengandung juga.....yang lain2 adalah doktor pelatih....(malam itu kiranya noktah penamat kepada saya untuk menjejakkan kaki ke hospital kerajaan lagi....sori....serik benar rasanya....).....doktor2 pelatih mungkin tidak begitu mahir tapi dlm situasi yang agak sesak itu, doktor petugas agak 'tense' mengawal bilik bersalin malam itu.....sikit2 temper dia naik.......kena pulak nurse2 sekejap2 asik panggil dia....

Tapi malam tu mmg memeritkan....berbanding sewaktu melahirkan along di Hospital USM (kerana saya memilih ruang private waktu itu dengan bayaran persendirian...layanan usah kata, mmg tip top), saya rasa melahirkan along lebih selesa dan santai walaupun terpaksa melalui pembedahan ceasearean kerana along dalam posisi breech. Tapi kelahiran itu saya tidak gentar sedikit pun.....bahkan kalau disuruh bersalin ceaser sekali lagi pun saya mahu dengan servis yang baik dr pakar2 di USM. Berbeza pulak situasi dengan kakak pada hari itu, dek kerana 'digesa' melahirkan, secara normalnya saya tidak merasa ingin meneran sebaliknya terasa sakit perut memulas2 sahaja. Saya pula sudah penat kerana sedari petang telah menahan sakit yang terlalu lama....saya rasa dah tak berdaya.....nurse pulak sekejap2 masuk bilik untuk check 'jalan'....saya terlantar berjam2 di atas katil rasa helpless sbb rasa lapar dan sangat dahaga.....tak de sorang pun yang datang tanya saya mcm mana keadaan saya waktu itu.....

By pukul 10 malam.....baru terasa seperti hendak meneran.....entah kenapa masa tu saya rasa kecut kerana yg menunggu baby keluar adalah doktor pelatih....rasa takut betul kalau baby jatuh.....saya tak yakin sangat.....kemudian baru doktor petugas datang......bila sahaja baby keluar, saya sudah sangat penat......tekanan darah saya jatuh menjunam dari 120/80 kepada 60/40.....tapi doktor atau nurse sorang pun tak ambik berat.....saya cuma dengar mereka cakap "aik.....bnyk ke darah tumpah?'....itu pun sambil melintas bilik sahaja......dan yang paling teruk, saya dibiarkan di bilik itu sehingga ke pagi.....paling tak tahan semasa proses 'menjahit' tu.....alahai.....kenapa ler saya dpt misi yang mata dia kelabu asap tu.....sbb masa dia tengah buat kerja tu, ada lak misi lain yang tanya "aiii.....nampak ke tu nak menjahit?'........adusss.......saya yang tak larat beberapa kali mendongak nurse tanya tak siap lagi ke sbb sakit sangat jahitan dia tu....dia boleh pulak tanya saya balik "sakit ke?"....Ya Allah....saya rasa nak pelempang nurse tu.....saya tengok jam di dinding berhadapan dengan saya.....dkt sejam dia nak selesaikan kerja tu.......

Luckily my cousin yang jadi nurse di situ masuk awal kerana dia bertugas pagi.....dia pun terkejut tengok saya tak keluar2 dari bilik bersalin.....dengan pad tidak bertukar......dia ler yang tolak saya balik ke wad.....yang paling gabra of couse my hubby.....sorang pun tak khabarkan pada dia apa keadaan saya di dalam bilik bersalin.....dah ler masa saya ditolak ke bilik bersalin petang sblm tu dia tak ada kerana keluar makan dengan mak saya....

Seminggu saya terpaksa bermalam di hospital, satu kerana saya kena demam teruk....kedua kerana kakak terpaksa dimasukkan ke wad kerana kena jaundice......jarak dr wad saya ke wad kakak agak jauh dan saya sangat sakit walaupun hubby sorong dengan kerusi roda.....tp sbb perlu menyusukan dia, saya gagahkan diri.....dan saya curi2 bawak masuk susu kambing untuk diberikan pada kakak kerana takut dilihat nurse. Kemudian saya keluar wad tetapi terpaksa bermalam di wad kanak2 kerana kakak perlu disusul kes kepada doktor pakar......saya tidur beberapa malam di atas lantai wad kanak2 bersama beberapa ibu lain kerana bilik itu hanya ada katil bayi......ooo tak usah kata, saya masih demam.....demam susu dan lain lain lagi semua ada.....tp tahankan hati demi kakak yang masih di situ.

Mungkin saya masuk dalam kategori orang yg keras kepala, sebagaimana saya meminta utk keluar wad begitu juga saya mintak pelepasan dr doktor untuk bawa baby keluar. Saya tak tahan duduk di wad dengan kesakitan dan kesejukan.....makan tak usah kata, tak tentu makan minumnya....Saya tandatangan pelepasan kerana keluar wad atas permintaan sendiri tapi saya puas dpt keluar dr hospital.

Bnyk dugaan sepanjang tempoh berpantang, bagaimana saya terpaksa menahan sakit berminggu2 hingga terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mendapat jangkitan pada jahitan saya. Kali ini saya kena admit ke USM, dr Hospital Pasir Puteh saya naik ambulan ke USM.....pengalaman pertama naik ambulan......itu sbb secara kebetulan ada 1 pain darah available di USM untuk saya dapatkan tambahan darah kerana hb saya yang drop teruk, jadi terus kena submit kes ke sana. Di sana, doktor mendapati saya mendapat jangkitan.....kemudian doktor ambil sedikit sample utk ujian...malangnya keputusan ujian tak boleh dapat segera kerana waktu itu jatuh hari cuti minggu.....saya pulak sudah rindu sangat pada kakak di rumah yang dijaga mak.....kesian dia.....jadi mcm biasa, saya mintak pelepasan, tak peduli langsung tentang kesihatan saya waktu itu.....tapi saya keras kepala.....lagi di hospital, saya rasa lagi sakit.....jadi mcm biasa, doktor lepaskan saya dengan jaminan sendiri....tapi alhamdulillah, dengan bekalan antibiotik dr hospital yang saya habiskan, sakit saya hilang dan saya kembali sihat......

Dugaan besar betul untuk melahirkan kakak.....berbeza dengan baby yang saya dapatkan khidmat swasta, kelahiran baby sangat mudah dan sehari lepas bersalin, saya sudah bertenaga.....what a comparison....w/pun duit keluar, tp berbaloi dengan servis yang saya dapat.....

Itu ler sedikit corat coret kelahirannya ke dalam dunia kami.....skrg kakak sudah besar, cepat sahaja masa berjalan.....semoga kakak menjadi anak solehah, taat pada perintah Allah dan terus membesar menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mama loves u sayang.....walau apa pun keadaan mu, kamu tetap harta mama yang sangat bernilai.....dan ingatlah, bila suatu hari nanti kamu berpeluang menatap ruangan ini dan coretan mama, bahawa tidak mudah untuk mama mendapatkan mu dan mendidikmu.....belajar rajin2 ya sayang.....

1 comment:

Kami Si Kaki Ronggeng said...

seramnye bace cerita k.nina ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...