Tuesday, October 20, 2015

PAHIT DAN MANIS PENGALAMAN BERSALIN

Beberapa hari lepas agak viral kisah seorang ibu muda yang terkeluar gauze slps bersalin 3 hari tu.....tiba2 teringat pula pengalaman yang sebenarnya membuatkan saya pun serik bersalin di hospital kerajaan.....tak kisah le orang lain mungkin lain pengalamannya tp saya yang mengalami tak tahu le nak cakap mcm mana......pengalaman bersalin paling perit le rasanya seumur hidup yang saya tak boleh lupakan.  Bagi yang tidak melalui kesukaran maka perjalanan kelahiran tidak banyak yang boleh diceritakan atau dikongsi.  Apa pun kita harus bersedia dengan segala kemungkinan.  Kdg2 kita rancang lain, yang jadinya lain.  Kalau ada sesiapa biasa menonton rancangan 'One Born Every Minute' di saluran astro tentu boleh perasan apa yang jadi mengenai perancangan.  Ada nurse sendiri yg dah siap plan nak melahirkan secara water birth, dia yg biasa mengajar pesakit suruh bersabar semasa proses kelahiran, dilihat dia sendiri tidak mampu melalui proses pilihannya kerana sakit bersalin yang melampau....itu le namanya proses itu terjadi sendiri, kdg2 ada yg tidak mampu memilih.

Sewaktu bersalinkan anak pertama, saya melahirkan secara caesarean di Hospital USM Kubang Kerian.  Tak ada yang sukar di situ, semuanya berjalan lancar.  Semasa itu hospital ada menawarkan pakej swasta walaupun ia adalah hospital kerajaan.  Saya memang memilih pakej swasta yang membolehkan pesakit mendapat bilik persendirian di dalam wad.  Tujuannya hanyalah untuk membawa ibu dan suami masuk bila2 masa sahaja berbanding di wad luar yang menghadkan kemasukan pelawat.  Maklum le anak sulung, takut tu ada...apalagi saya terpaksa berdepan dengan pembedahan kerana kedudukan janin yang songsang.

Saya sebenarnya 'having fun' di wad tersebut kerana layanan bak puteri gitu oleh kakitangan hospital.  Secara kebetulannya ada ramai kenalan suami yang berjawatan doktor di situ hingga setiap masa mereka asik datang melawat dan meninjau keadaan saya.  Bahkan selepas bersalin pun, hanya sister yang menguruskan saya dan datang mengambil anak untuk dimandikan, saya bangun pun tidak hatta tandas cuma depan mata pun tetap malas nak bangun.  Fobia kena bius masih ada menyebabkan kaki terasa lumpuh beberapa hari untuk berdiri.  Takut juga nak menguruskan luka jahitan sehingga semuanya mak sahaja yang uruskan.  Namun tempoh berpantang berjalan dengan baik walaupun ada masa saya demam kerana bengkak susu.

Sewaktu melahirkan anak kedua, saya bersalin di hospital lain di kota bharu, sebuah hospital kerajaan.  Sebenarnya sebelum itu saya telah mengalami keguguran dan telah melakukan D&C di sebuah hospital swasta di Kota Bharu juga.  Saya terpaksa admit ke wad untuk kelahiran kedua kerana kandungan sudah terlebih usia tp tidak ada gesaan untuk melahirkan.  Pada hari kelahiran tu, saya diberikan ubat untuk gesaan bersalin pada paginya....tidak ada apa2 kesan.  Kemudian, satu lagi ubat diberikan.  Hanya selepas 3 kali telan ubat dan sudah hampir pukul 4 petang sakit baru mula terasa.  Tapi sakitnya lain macam, teruk sangat2 rasanya sampai saya nak buka mulut untuk bersuara pun tidak mampu.  Suami dan mak pula secara kebetulannya baru keluar untuk makan kerana mereka tak makan2 dari pagi.  Masa tu le baru saya terasa sakit.  Nasib baik ada makcik di sebelah yang menemankan anak beliau ternampak saya yang dah mengerekot kesakitan dan beliau le yang memanggil nurse.

Saya ditolak ke wad bersalin tp wad bersalin penuh.  Maka duduk le saya di tengah2 hall bersalin, tambah stress dah le sakit, orang2 nak bersalin lak ada di sekeliling...ada yang tak sempat apa2 dah terbersalin atas katil di tengah2 hall.  Saya ditolak ke ruang yang disediakan dengan kain langsir terbukak mengadap hall.  Duduk lak mengadap hall..alahai....  Masa tu ramai doktor pelatih dan saya difahamkan cuma ada seorang doktor wanita yang monitor dan bertugas, doktor tu pulak punya le garang dan tengah mengandung.  Saya tengok doktor wanita tu mmg agak moody malam itu.  Sekejap dia jenguk, sekejap doktor pelatih lelaki yang jenguk.  Kemudian ada yang lain lagi jenguk, tak tahu dah berapa ramai asik menjenguk free show.  Malu tak usah cakap le....tapi sbb kita dah tengah sakit nak beranak, tak fikir dah pasal tu sumer.....

Pukul 10.10 malam, saya selamat melahirkan.  Teruk juga luka bersalin.  Seingat saya selepas bersalin, tak de sapa entertain saya.  Saya ditinggalkan je di atas katil.  Rasanya selepas sejam baru ada nurse yang dah berumur datang untuk menjahit luka.  Bayangkan le tanpa bius dan sakit bersalin saya dah hampir hilang.  Sakit tuhan aje yang tahu bila dia mula menjahit...tiap tusukan dia saya rasa......saya siap tanya lagi nurse tak siap2 lagi ke jahit sbb sakit.  Lama sangat proses jahitan yang dia buat.  Yang paling saya tak tahan, bila ada nurse lain yang lalu dan tanya nurse yang tengah menjahit saya "nampak ke tu?"...alahai....rasa nak luruh jantung.

Saya dah exhausted....letih yang amat.  Sampai satu tahap, saya mintak air dengan nurse yang ada kerana selepas bersalin, saya dengar nurse bercakap saya hilang banyak darah.  If doktor tak cakap pun saya leh rasa....mmg saya rasa banyak kehilangan darah.....okay....cara nurse ckp mcm benda tu biasa2 saja n tak penting....tapi tekanan darah saya actually drop dari 120/90 jatuh ke 60/40...platelet darah pun mmg drop gile2.....itu saya dengar doktor ngan nurse yang bercakap sesama mereka.......Lepas tu saya ditinggalkan je di atas katil dewan bersalin di ruang tersebut dari jam 10 malam sampai le ke pagi sekitar jam 6 pagi.  Secara kebetulannya ada sepupu saya yang bekerja sebagai nurse di situ masuk untuk shift beliau pada pagi tersebut, terkejut dia tengok saya masih ada di katil bilik bersalin.  Katanya dia cari saya di wad tp tak ada.  Tak ada siapa uruskan tempat saya yang penuh darah dan dengan diri saya yang tidak diselia.  Sepupu saya le yang bersihkan saya dan uruskan saya untuk ditolak ke wad.  Suami saya dah separuh mati menunggu dari petang sampai le ke pagi di luar wad bersalin, tak ada siapa maklumkan apa2 kepada dia mengenai perkembangan saya dah bersalin atau belum, bagaimana keadaan saya dan sebagainya.  Kasihan dia.

Anak saya pula ditolak ke wad bayi kerana jaundice dan selama seminggu saya berulang alik ke wad dengan luka bersalin yang memang amat teruk sangat.  Selepas seminggu saya diserang demam teruk dengan tidak mampu duduk kerana terlalu sakit di tempat jahitan saya.  Dua minggu kemudian pula saya dimasukkan ke wad kerana jangkitan pada jahitan tersebut.  Teruk sangat kerana bila saya check sendiri, luka tersebut rupanya hampir bernanah....sbb itu saya demam teruk....bayangkan le traumanya saya.  Sedihnya kerana terpaksa saya berpisah dengan anak yang masih kecil dan beliau banyak terlepas tempoh menyusu kerana sakit tersebut.  Setelah seminggu di wad, dan doktor pun tak buat apa2 sangat kecuali menunggu penderma darah....kata doktor dapat le 1 pain, lepas pemindahan tu platelet darah saya naik sedikit....kemudian saya minta kebenaran keluar wad....atas risiko sendiri.  Duduk wad lagi teruk keadaan saya, hanya saya je yang rasa semuanya.  Doktor lepaskan dan berikan antibiotik untuk saya makan.  Alhamdulillah selepas abis antibiotik, jangkitan pada luka semakin sembuh hasil penjagaan rapi di rumah.   

Sejak peristiwa tu, saya serik yang amat.  Taubat tak masuk dah hospital kerajaan untuk bersalin.  Bila mengandungkan yang ke tiga, saya dah nekad nak ke hospital swasta tak kira le berapa kosnya.  Jadi dari semasa mengandung saya buat check up hanya di swasta di INS Specialist....yang bestnya sebab doktor boleh dipilih dan dari mengandung sampai bersalin hanya doktor tersebut yang monitor.  
Saya melalui proses mengandung yang ketiga dengan tenang.  Dan alhamdulillah saya tak pernah merasa braxton hicks (false contraction) sehingga sampai saat melahirkan....Bila sakit nak bersalin pun saya lebih relax.  Malam tu bila dah nampak tanda2 kontraksi yang agak hampir, pagi2 tu bangun dari tidur saya minta suami hantar anak2 ke rumah pengasuh.  Saya masih relax siapkan barang2 tunggu suami balik dan kemudian bertolak ke INS dengan jarak perjalanan dari rumah ke sana sekitar 1 jam lebih.  Sampai je di hospital sempat lagi singgah makan roti canai, saya makan sikit2 untuk tenaga...rasanya yang lebih gabra en suami le.  

Di hospital, bila buat check up bukaan baru 4 cm.  So masih panjang lagi perjalanan nak bersalin.  Memandangkan saya bukan species yang sakit2 je terus nak beranak, so saya mmg cool saja.  Sumer baby2 saya dilahirkan dengan berat lebih 3.4 kg, agak besar utk org yg kecik mcm saya, jadi saya beranggapan saya takan melahirkan semudah 1 2 3 push...baby saya sumernya ada pada kedudukan tinggi, org kata tak jatuh perut pun walaupun dah sampai masa....Tapi doktor suruh saya berehat saja di katil wad bersalin kerana hari tu cuma ada saya dan seorang lagi pesakit yang akan melahirkan anak sulung.  Saya tenang saja di katil hospital, sesekali ada kontraksi tp gesaan bersalin belum sampai.....mmg lambat le jugak.  3-4 kali pakar bius masuk bertanya jika saya mahu mengambil epidural untuk tidak merasa sakit, tapi saya pun tak tahu kenapa saya menolak mentah2.  Sepertinya sakit kontraksi tu saya sangat relax.  Sampai pakar bius pun cakap saya sangat tenang menahan sakit tidak seperti seorang lagi pesakit di sebelah saya yang dari awal2 lagi sudah meminta epidural.  Mungkin sbb sudah ada pengalaman, saya nak merasai sakit itu sendiri.  Tepat jam 7.10 minit malam, saya selamat melahirkan anak ke tiga.  Keluar2 je nampak muka anak yang saling tak tumpah papanya.  Kemudian doktor arahkan nurse masukkan ubat tidur via drip sebab katanya saya dah nampak letih, dia suruh berehat.  Kata doktor dia nak mulakan proses menjahit luka jadi dia suruh saya tidur sahaja.  

Saya sedar semula sekitar jam 10 malam, bangun2 tu rasa mcm fresh sangat dan segar dan kemudian ditolak ke wad.  Yang bestnya, tak tahu le mcm mana sempurnanya luka tu dijahit sebab hari pertama saya bangun ke tandas, benda yang paling seriau untuk orang lepas bersalin sebenarnya adalah untuk bangun kencing atau buang air besar.  Ada orang akan merasa pedih di bahagian luka.  Tapi bagusnya doktor ni sebab saya tak rasa apa2 kesakitan.  Memandangkan doktor nak tahan anak untuk check up sebentar takut2 ada masalah paru2, jadi saya duduk le di wad dalam 2 hari.  Masuk hari khamis, keluar hari Sabtu selepas doktor bagitau semuanya okay.  Alhamdulillah semuanya berjalan baik. Saya jalani tempoh berpantang dengan rasa badan yang sangat segar dan lebih ceria berbanding kelahiran2 anak sebelum ini.

Apa pun pilihan, itu terserah masing2.  Hospital mana pun tak kisah if layanan yang diberikan mesra dan kita sebagai pesakit tidak merasa tekanan.  Kadang2 dalam sesetengah kes, itu nasib yang dah tertulis.  Dalam kes saya, saya sudah membuat pilihan.  Yang penting bagi ibu bersalin, tempoh berpantang dijalani dengan penuh ketenangan kerana itu akan banyak mempengaruhi emosi ibu dan sekaligus akan memberi kesan kepada anak.  Sakit bersalin ni adalah sesuatu yang kita kena hadapi sebagai seorang wanita, tapi tidak sumer orang sama.  Ada yang terlalu mudah, ada juga pada kelahiran yang lain akan menjadi susah, ada yang biasa2 sahaja, tak mudah atau susah....ia pengalaman yang mesti dirasai sendiri, tak ada siapa boleh mentafsirkan senang atau susah bersalin itu bagi pihak orang lain....mudah bagi si A, mungkin tidak bagi si B....jadi tidaklah kita boleh mengecilkan tahap orang lain berbanding dengan kita.

Saya telah melalui 4 proses termasuk D&C, Caesarean, Forced Forcep and Normal Delivery....berbeza pengalaman semuanya....apa pun saya mendoakan yang terbaik buat kita semua.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...