KEBUN KU : Ku Lihat Hijau....

Pagi2 minggu jenguk kebun dulu...gitu le rutin harian sekarang tiap2 hari....tengok2 apa yg dah menunjukkan perkembangan positif.....ada yg hidup, ada yg nyawa2 ikan hidup segan mati tak mahu huhu...x kisah le....mana yg positif tu mmg happy....

Sambil2 tu jenguk pokok limau kiah....dah perasan kuar pucuk...tp tilik punya tilik...maklum le saya ni rabun dekat....atas pucuk kecil tu ada hitam2....ingatkan apa...alahai...baru nak berpucuk, tp cik2 ulat hitam kecik ni sedang berpesta le pulak...sampai 4 ekor sedap mamah daun muda....ulat2 ni mmg suka betul le daun2 segala mak nenek limau ni....sbb kat umah ada mcm2 limau...limau kiah, limau purut, limau nipis, limau kasturi ngan lemon...kat pokok2 tu asik jumpa je....dapat kat saya abis le saya tenyeh....kalu tak, belum smpt petang dah togel le pokok....


Tahu apa yang best merakamkan pokok2 ini setiap hari? Of course untuk melihat perkembangan tumbesarannya.  Menakjubkan kadang2 bila melihat hari ni sebesar ibu jari, 2-3 hari kemudian sudah sepanjang jari telunjuk....aktiviti yang menarik untuk menghargai alam.


Bunga pokok Kacang Panjang Renek....selalu dihurung semut....


Pokok Timun Batang (tp x pasti leh hidup ke tidak, baru alih dr atas ke bawah sbb daunnya yang semakin tidak sihat)


Sayur Sawi



Pokok Telang





Pokok Cemumar Hijau
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...