Friday, October 9, 2015

BILIK KEK : Kek lagi....


Minggu ni sedikit busy....kebun pun tak sempat nak dijenguk dan disapu daun2 yang gugur.  Jerebu pun dah hilang sepenuhnya.  Terperasan ada pulak cik siput memanjat pokok ubi kayu...tp tak sempat nak meninjau sekeliling.....takut pulak nanti ada pula yang terkam sayur2an yang ada.  Sebelum ni dah tabur Siputox tp oleh sebab kerap sangat hujan, mungkin dah tak berapa berkesan.  Gigih juga siput2 tu memanjat pagar dawai yang saya buat keliling kebun, ada yang berjaya menyelinap masuk melalui celah2 lubang dawai tu.....yang tak berjaya ramai jugak berkumpul di luar pagar.  Kalau sempat saya ngan si kecik akan berperang dengan garam2 tabur dan mencari siput2 di sekeliling.

Oh ya...pokok2 Abiu, pokok Markisa, pokok Jambu Bol sudah sampai.  Saya lambat tanam jambu bol, nak letak dalam pasu tapi tengok2 dahannya sangat panjang, jadi tak ada pasu yang sesuai.  Jadi saya tanam di atas tanah.  Pagi tadi bila tengok sumer daun mcm kering kelayuan.  Saya harap boleh survive tp tak tahu le.  Kalau ini tak jadi nampak gaya saya kena usaha cari di nurseri dan beli terus dari dalam polibag.  Teknik2 pos dengan tanah sedikit ni nampaknya tak berapa bersesuaian dengan saya.  Seperti pokok kemunting yang ke 3 dah semakin mati, saya beli lagi yang ke 4 ingatkan datang dalam polybag, pun datang dengan sedikit tanam dibalut kertas sahaja.  Cuma satu sahaja nurseri online yang buat postage yang memuaskan hati saya setakat ini kerana pokok tidak bertindih, tidak rosak dan siap dalam polybag, jadi sumer masih segar.  Pokok ke 4 ni pun saya tak tahu le boleh survive atau tidak, sbb nampak daun2 dah mula bergulung seperti yang sebelum ini.  Tawakal sahaja le, saya bagitau en suami kalau mati juga maknanya lepas ni saya kena beli sendiri dan bawa balik sendiri dari nurseri, tak boleh by pos lagi.....

Ok le...meh tngk hasil dari bilik kek hari ni yang sempat diupdate di sini.  Sesetengah malas nak letak bila hasil biasa2 sahaja hehe....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...