Cotton Cheese Cake

Cotton cheese cake bagi saya mmg kek yg remeh....nampak simple tp silap haribulan kejadiannya mmg x cantik dan mengecewakan....saya pun tidak terkecuali....ada masa rupa muka bumi jadi mcm kawah gunung berapi...ada masa herot petot....sedih tngk....

Tapi orang kata sekali cuba jangan mengalah....cuba lagi dan lagi....pernah buat jadi cantik, pernah gak buat jadi x cantik...tak boleh lari....mmg bukan salah resipi...tp salah teknik dan kurang kesabaran semasa membuat. ...arini cuba lagi dengan teknik lebih straight forward......alhamdulillah rasanya ini lebih mudah dan cepat siap....





Masih kekalkan resipi lama....kali ni buat utk loyang 6 inci je......

Cotton Cheese Cake

125 gm cream cheese
30 gm butter
50 ml susu segar

Panaskan oven terlebih dahulu. Sediakan satu loyang besar berisi air biasa dan masukkan loyang tersebut sementara kita siapkan adunan.

Biarkan cream cheese pada suhu bilik. Kemudian campurkan cheese, susu dan butter dan putar sebati.

3 biji kuning telur
30 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh perahan jus lemon

Campurkan kuning telur dengan adunan cheese. Kemudian masukkan jus lemon bersama tepung dan gaul sebati sahaja. Tapis jika perlu.

3 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
70 gm gula castor

Putar putih telur bersama tartar hingga berbuih kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit hingga jadi meringue. Proses ini bila diterbalikkan ia kekal dlm bekas dan tidak jatuh.

Adunkan adunan putih telur berselang dengan adunan cheese sambil dikaup balik hingga sebati.

Sediakan loyang alas bawah dan tepi (bahagian tepi tinggi dr loyang) dan x perlu digris. Tuang adunan dan bakar selama 1 jam atau hingga betul2 masak. Pastikan keluarkan terus kek dr loyang slps dibakar. Kemudian baru sejukkan.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...