SALAM AIDILADHA DAN NASI DAGANG

Hari raya bagi saya x de makna jika x de nasi dagang....ibarat pengubat rindu saya pada kampung halaman dan pada bonda tersayang yg sedang sakit....tak de upaya saya....ikut hati hendak ada di sisi bonda setiap masa....tp itu le....huhu.....hanya Allah maha mengetahui kesusahan saya dan moga Allah menjaga bonda dan diberikan bonda kesihatan yang baik....harap bonda bertahan dengan ubat tahan sakit yg doctor bagi sebelum dibekalkan ubat lain yg baru ditempah.....kalau doc ckp kena buat operation buatlah sahaja ya bonda....jgn takut pergi hospital....in shaa Allah adik2 ada di sisi bonda sentiasa....jgn menggagahkan diri depan orang...x sihat tu jgn buat kerja mcm2....

Pagi raya saya sediakan nasi dagang bersama gulai ayam...biasa ada je lauk udang sbb saya lebih suka makan dengan udang tp fulus kali ni sempit untuk menyediakan bermacam lauk jadi makan ayam sahaja le....







Nasi Dagang

7 pot beras nasi dagang - rendam 5-6 jam
Hirisan halia - dlm 4 inci diracik halus
Bawang Putih - dlm 10 ulas dihiris halus
Bawang Merah - dlm 6 biji saiz sederhana dihiris halus
3 sudu besar halba
Santan 2 kotak (1 dicampur air dan satu kotak untuk digaul pekat akhir kukusan)
Garam

Slps direndam, kukus nasi dagang kosong tanpa apa2. Slps 15 minit angkat dan masukkan hirisan bwg halia dan halba, gaul dan kukus lagi bersama sedikit air digaul2 sebati. Kukusan kali ke 3 masukkan santan cair bercampur garam dan gaul. Akhir sekali angkat dan gaul dengan santan pekat bercampur garam (rasa jika dah cukup lembut) dan kukus hingga masak.

GULAI AYAM NASI DAGANG

1 ekor ayam - dipotong mengikut suka

Bahan kisar:
Halia
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serbuk Kari Ikan/Ayam
Serbuk Kunyit
Serai

Sukatan sila agak2 sahaja hehe.

Lada merah
Asam keping
Garam
Gula
Perasa
Santan
Air secukupnya

Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar...gaul2 sebati. Hidupkan api dan masak hingga sedikit kering. Kemudian masukkan santan bersama air (jika perlu) dan masukkan juga asam keping bersama gula dan garam/perasa. Biar mereneh di atas dapur hingga pecah minyak. Angkat.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...