Thursday, September 17, 2015

KEBUN KU : Meh Kita Tengok Apa Ada Di Kebun

Sudah 2-3 hari hujan lebat tidak berhenti sepertinya musim bah sudah kunjung tiba.  Pokok2 segar disiram hujan tetapi sayur2an yang diletak di batas rasanya tidak mampu survive air yang mencurah2 kerana pokoknya baru dalam proses tumbesar, masih tidak kuat batangnya.  Tawakal sahaja le, apa pun hujan itu satu rahmat setelah panas terik.  Syukur juga di Perlis ni keadaan jerebu juga agak terkawal, awal2 bulan aritu ternampak jerebu teruk lepas tu sekarang paras API dah ada pada kedudukan 25 bermakna sangat bagus.  Cuma kalau hujan masih berterusan untuk beberapa hari, nampaknya penduduk Perlis terpaksa bersiap sedia menghadapi banjir.  Parit2 di sesetengah kawasan rendah nampaknya sudah tidak mampu menampung air yang melimpah, dan ada kawasan yang sudah ditakungi air.  Semoga banjir tidak seteruk pada 2010 dan 2011...masa tu rumah kami pun hampir ditenggelami air dan seluruh Perlis dan Kedah hampir lumpuh kerana ditenggelami air juga.   Sekarang selepas renovation, kedudukan rumah agak tinggi tp kalau banjir, tak pasti pokok2 yang ditanam di tanah boleh survive atau tidak.

Kenangan 2010 di taman perumahan saya.....













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...