~Pengat Durian~


Pengat Durian buat untuk berbuka puasa semalam......sekadar main campak2 sahaja....kebetulan ada beberapa ulas durian di dalam peti ais.....lama2 simpan dalam peti buat berbau saja.....dari dibiarkan rosak dek terlupa kewujudannya di dalam peti ais, jadi lepas je siapkan lauk2 untuk berbuka, aku buat je pengat ni.....bukannya susah pun.....

~Pengat Durian~

1 kotak santan + 2 cawan air
1 ketul gula melaka/manisan
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sagu halus - bilas terlebih dahulu
Isi durian (sekadar yang diperlukan) - in my case aku guna dkt 8 ulas

Masukkan santan + gula melaka + gula pasir dan didihkan.  Kemudian masukkan biji sagu + isi durian sahaja ke dalam periuk.  Bila dah masak, angkat le ya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...