~Menu Puasa 2011 : 1~

Dah banyak hari tak sempat nak update apa2 entry.....terlalu bz ngan mcm2 hal yang nak diselesaikan.....tup2 puasa pun dah menjengah ke pintu......sekejap sahaja masa berjalan kan.....x pe le....aku update sikit2 je dulu.....

Hari pertama puasa.....anak2 sekolah cuti tp aku tak bape sihat badan sikit dek kepanasan......tekak ni sakit semacam je.....apa pun, mcm biasa....masuk je bulan puasa.....dalam kepala dah mencari2 idea nak masak apa untuk menu berbuka.....untuk bersahur lak tak perlu sarat-sarat sbb masing2 mata pun tak bape nak bukak, jadi lauk tak leh banyak.....abis simple redah nasi goreng je hehe.....

Ni je menu hari pertama.....tak de fancy2....sumer yg mudah2 sahaja.....


~Sambal Lada~

2 biji lada merah
4 biji cili padi - hijau
2 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Air asam limau nipis
Garam
Gula
1 biji tomato - yang kecil

Blender sumer bahan dan siap untuk dihidangkan.


~Acar Buah~

Yang ni kawan yang bagi....so tak dak resipi le....


~Ayam Masak Madu Bersos~

Ayam - dipotong kecil2 dan digoreng separuh masak, ketepikan

Bahan Tumis:
1 ulas bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus

2 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
Garam/gula/Perasa secukupnya
Lada Benggala - dihiris panjang

Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Kemudian masukkan air.  Masukkan madu, kicap pekat dan sos tiram secukup rasa.  Masukkan lada hitam tadi bersama lada benggala, garam, gula dan perasa yang diperlukan.


~Ikan Masin Goreng Bersama Bawang dan Lada Kering~


~Masak Lemak Sayur Kubis~


~Kerabu Jantung Pisang~

~Kerabu Jantung Pisang~

1 jantung pisang - direbus hingga lembut dan dihiris halus
1 biji limau nipis (ambil airnya)
2 sudu besar kerisik
1 ulas bawang besar
1 biji lada merah
Sedikit belacan
Garam/Gula secukup rasa

Bawang besar dan lada merah ditumbuk bersama belacan. Kemudian gaulkan bersama jantung pisang yang telah dihiris halus tadi. Gaul rata. masukkan kerisik bersama garam, gula secukupnya. Akhir sekali masukkan air limau nipis tadi.


Ni je le menunya......tunggu le menu buka puasa yang seterusnya nanti ya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...