Tuesday, August 9, 2011

~Menu Puasa 2011 : 6


Semalam aku rajin....terlebih rajin le pulak memasak mcm2 lauk.....dan semua sesi memasak hanya berlangsung lepas aku balik dari opis sahaja.....cuma tengahari aku balik untuk defrost je bahan2 beku dlm peti ais.....kul 5.45 petang baru le agenda potong2 bawang, potong2 sayur, potong2 segala mak nenek boleh dibuat.....dan selalunya 1/2 jam sebelum berbuka, aku dah boleh relax2 atas kerusi tengok tv dulu jap....tapi dari pagi dah kena pk apa nak masak, kalu tak proses memasak tak leh nak berjalan lancar....tau2 je le kalu idea tak datang mmg haru le sbb kekangan masa nih....

Menu untuk semalam antaranya Sayur Masak Lodeh, Ikan Bakar + Air Asam, Rendang Kupang, Daging Masak Merah dan akhir sekali yang paling mudah, Ayam Goreng hehe....


~Sayur Masak Lodeh
~

Bahan Kisar:-
Bawang Putih
Bawang Merah
Kunyit Hidup + 1 sudu extra serbuk kunyit
Udang Kering - direndam sebentar bagi kembang
Serai

Sayuran:
Kacang Panjang
Bunga Kobis
Karot
Suhun - rendam dahulu
Putik Jagung - dipotong panjang2
Pati Kacang Soya - potong2

1 kotak santan pekat + 2 cawan air
Garam/Gula/Perasa secukupnya

Masukkan santan dan bahan kisar tadi dan panaskan hingga mendidih.  Masukkan sayuran tadi dan bahan2 lain dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak.  Masukkan garam/gula/perasa secukupnya.


~Ikan Sardin Bakar + Air Asam~

~Daging Masak Merah~
Sumber asal : aina

Daging - dihiris nipis secukupnya
1/2 biji buah tomato
5 sudu besar sos tomato
3 titik pewarna Merah
Garam
Air secukupnya

Bahan2 di atas direbus hingga daging empuk.

Bahan Tumis:-
Bawang Putih - hiris halus
Bawang Besar - hiris halus
Sos Tiram
Daun Limau Purut
Sedikit sos ikan
Daun Ketumbar secukupnya

Tumiskan bawang putih + bawang besar hingga wangi.  Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama tomato tadi.  Simpan air rebusan tadi.  Kemudian masukkan sos tiram, daun limau purut dan sos ikan.  Masukkan air rebusan tadi.  Masukkan daun ketumbar akhir sekali.



~Rendang Kupang~

Segenggam kupang (isi sahaja)

Bahan Kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili Kering (tak nak pedas, kurangkan)
Cili padi (sedikit sahaja, dlm 5 biji)

Daun Kunyit - hiris halus
Daun limau purut -carik2kan
Santan dalam 1 cawan
1 sudu kecil kerisik
Asam Keping
Garam/Gula/Perasa secukupnya

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.  Masukkan kupang tadi dan kacau selalu.  Masukkan santan.  Masukkan kerisik, asam keping, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukupnya dan masak hingga pekat.

~Ayam Goreng~
untuk anak-anak.....lauk kupang pedas so anak2 tak leh nak makan....

Ok le....arini kena pk lagi nak masak apa......nak kena buat cuppies gak customer order.....ooo malam ni 2+1 nyer kerja le pulak.....ngantuk le pulak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...