~Menu Puasa 2011 : 2~

Mentang-mentang le bulan pose, gambar pun tepek besar2 gitu kan.....hahaha.....saja nak bagi orang terliur ke......hehe....dok le....puas dpt tengok gambar besar2 sebenarnya.....

Ini menu hari kedua......kat bawah ni puyuh......beli dari opis sendiri......dulu rega RM10 utk 4 ekor....skrg dah jadi RM12 le pulak.....ada dua versi dijual iaitu puyuh biasa ngan puyuh berempah.....aku beli yang tak de rempah le.....rempah sendiri buat le.....hehe.....


~Puyuh Panggang Dengan Kuah Percik~

4 ekor puyuh

Bahan Perap:

1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya (jika perlu)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat

Gaulkan semua bahan di atas dan lumurkan pada ayam.  Panggang ayam di dalam oven selama 1 jam sehingga masak.  Sekali sekala balik-balikkan ayam dan boleh dilumur dengan sedikit minyak jika nampak terlalu kering.

Kuah Percik

1 kotak santan
Garam secukupnya
Bawang Putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Serai dititik

Campurkan semua bahan2 di atas dan masakkan di atas api dengan perlahan.  Tidak perlu dicurah di atas ayam yang tengah dibakar, kuah ini dituang di atas ayam semasa nak makan je sebagai pencicah.


~Taugeh Dengan Tauhu Lembut
~



~Kari Daging~



~Ikan Kerisi Goreng~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...