~Menu Buka Puasa 5~

Menu bukak puasa hari ke 4 tak de sbb bukak pose kat luar......sbbnya nak beli lauk2 basah buat stok seminggu......sekali makan kat luar sama mahal ngan kos beli lauk2 basah seminggu.....hmmm......

Ini menu hari ke 5.....bnyk le pulak lauk2 terhidang......hehe.....terlebih rajin sbb hari minggu kan.....bukan nak buat apa sangat.....meh tengok apa menunya ya.....hehe

IKAN MASAK TIGA RASA

Yang ni tak payah menu le ya.....mudah giler nih.....goreng je ikan, pastu utk sos cuma guna sos cili, sos tomato dan sos tiram campur ngan air.  Sayuran pulak selera sendiri.


UDANG MASAK ASAM


Udang secukupnya
Air asam jawa (sebolehnya pekat sedikit)
Bawang Putih
Bawang Merah
Lada Benggala (3 bahan di atas dipotong dadu)
Daun Ketumbar
Garam/Gula secukupnya
Sedikit air

Tumis bahan yang dipotong dadu tadi hignga naik baunya.  Masukkan air asam jawa, udang, garam dan gula bersama sedikit air.  Akhir  sekali masukkan daun ketumbar.

LALA TUMIS SERAI

Along syok pulak dapat makan lala siap buat cicah lak.....menu campak2 je...


Bahan Tumis
Bawang Putih - dihiris halus
Halia - dihiris halus

Serai - diketuk
Daun Limau Purut - dicarik2
Sedikit serbuk kunyit
Garam/Gula secukupnya
Air secukupnya

Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.  Masukkan lala.  Gaulkan hingga separuh masak.  Masukkan serai, daun limau purut, bersama serbuk kunyit, garam, gula dan air secukupnya.

DALCA SAYURAN DENGAN HATI PEDAL


Bahan Tumis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Halia - ditumbuk
Bawang Putih - ditumbuk
Bawang Merah - ditumbuk

Bahan Sayuran
Kacang Panjang
Putik Jagung
Terung
Carrot

Santan secukupnya
Serbuk kari - dijadikan pes
Air secukupnya
Air Asam Jawa secukupnya
Ubi Kentang - dijadikan kiub2
Lada Hijau
Hati dan Pedal Ayam

Tumiskan bahan tumis tadi.  Masukkan serbuk kari dan kacau hingga sebati.  Masukkan santan dan air secukupnya bersama sedikit air asam jawa.  Masukkan ubi kentang bersama hati dan pedal.  Bila dah empuk, masukkan bahan sayuran lain.  Perasakan dengan garam dan gula.

AYAM GORENG KUNYIT

Menu wajib pembuka selera along sebenarnya.....


TELUR MASAK KURMA

Option untuk anak2 yang tak makan pedas....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...