Sunday, August 15, 2010

~Menu Buka Puasa 3~



Terlewat pulak nak meng'update' menu hari ketiga......sekarang ni rasa malas je nak bukak2 blog kat umah, kdg2 je rajin....malas je yg banyak....hehe......ni actually menu hari ke 3, menu Nasi Tomato ngan partner2 rekaan aku......hentam aje le labu....yang nak makan pun aku ngan famili aku je.....simple2 je buat pun......

PAJERI NENAS


Nenas secukupnya
Santan pekat secukupnya

Bahan Tumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga

Serbuk kari daging/ayam - dijadikan pes
Garam/Gula
Air secukupnya

Cara
Tumiskan bahan tumis hingga naik bau.  Masukkan serbuk kari pes tadi.  Kacau hingga pecah minyak.  Masukkan santan pekat secukupnya, nenas tadi bersama garam dan gula.  Jika pekat, tambahkan sedikit air.






NASI TOMATO


Beras basmathi
susu segar secukupnya
Air secukupnya
Tomato puree dlm 1 sudu besar
Garam
Sehelai daun pandan
Kismis kuning
Marjerin dan minyak sapi utk menumis


Untuk menumis:
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
halia - dimayang halus
bawang merah - dimayang halus
bawang putih - dimayang halus


Cara Membuatnya:
Cuci beras seperti biasa. Toskan.Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk nasi. Masukkan semua bahan tumis. Tumis sehingga naik bau. Masukkan beras kemudian masukkan air, susu, puri tomato, garam, kismis dan daun pandan. Masak seperti biasa.




Ayam Goreng Berempah


Telur (dlm sebiji)
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Lengkuas
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Ketumbar
Serbuk Kunyit
Daun Kari
Garam secukupnya


Perap semua bahan di atas selama 1 jam. Kemudian barulah digoreng.


Nota : Menu Hari 4 takde sbb makan kat luar....hehe......kebetulan out shopping lauk2 basah buat tambah stok......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...