~Menu Buka Puasa 2~

Hari ke-2 puasa sudah selamat dilaksanakan......dan ini le menu aku semalam.....walaupun penat, tp rasa puas dapat memasak sendiri.....dapat makan apa sahaja yang terasa nak makan......semua lauk pauk siap dalam masa 1 jam je......jadi dapat le rehat sekejap tengok Epilog Syurga Cinta......hehe......

Ok le....menu pertama.......Ikan Percik......menu peberet aku sejak dulu......oghe kelate le katakan......kalu tak pandai buat mmg saja je le jadi anak jati kelantan.....

IKAN PERCIK


Ikan Selar (yang besar) - diperap dengan sedikit garam

Bahan Kuah
1 kotak santan segera atau lebih kurang 1 cawan santan pekat
Sebatang serai
Beberapa ulas bawang merah (ditumbuk halus)
Asam Keping
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Campurkan semua bahan kuah dan gaulkan sehingga pekat.  Gunakan untuk dicurahkan ke atas ikan yang dibakar berselang seli dengan kuah.

UDANG MASAK TIGA RASA


Udang secukupnya - dibuang kulit dan dibelah belakang
Ubi kentang - dihiris sesuka hati dan digoreng terlebih dahulu, angkat

Sebatang serai - diketuk
Daun limau purut - dicarik2
Bawang Putih - dihiris halus
Bawang Merah - dihiris halus
Sedikit halia - dihiris halus
Sedikit cuka
1 sudu besar cili boh
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit air
Sedikit lada benggala kuning
Sedikit lada merah
Garam/Gula secukupnya

Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik baru.  Masukkan cili boh.  Kacau.  Masukkan serai yang diketuk, daun limau purut, sedikit cuka, bersama kedua jenis sos dan air.  Kemudian masukkan udang dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.  Tambahkan perasa.  Angkat.

BENDI GORENG BELACAN


Bendi - dipotong serong

Bahan Tumbuk
Sedikit belacan
Bawang Putih
Bawang Merah
Lada Merah
Udang Kering

Garam/Gula secukupnya

Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.  Masukkan bendi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

CENDAWAN GORENG UDANG


GULAI DARAT


Daging - dihiris nipis2

Bahan kisar
Cili Kering
Lengkuas
Bawang Putih
Bawang Merah
Serbuk Kunyit atau kunyit hidup
Sebatang serai
Satu sudu kecil ketumbar

Sedikit kerisik
Garam dan Gula

Gaulkan semua bahan kisar dengan daging di dalam periuk.  Masukkan sedikit santan.  Bila dah empuk, tambah lebihan santan dan sedikit air (jika perlu).  Masukkan kerisik dan perasakan dengan gula dan garam.  Biar hingga masak.

Ok.....selamat berpuasa.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...