JALAN-JALAN CARI MAKAN - PAK BARA, SATUN, THAILAND



Perjalanan ke Pak Bara dari sempadan Perlis-Satun melalui Wang Kelian memakan masa sekitar 40 minit sahaja...selepas urusan imigresen selesai, perjalanan melalui jalan kampung biasa sahaja.  Biasanya akan ada road block sebaik melepasi imigresen thailand, jadi bersedia dengan borang-borang yang berkaitan walaupun sekadar nak ke Pak Bara balik hari sahaja.  Pertama, make sure anda ada insurance, borang putih kebenaran bawa kenderaan masuk ke Thailand, yang terbaik maybe anda siap sedia buat lesen memandu antarabangsa n of course, border pass atau passport kesemua yang di dalam kenderaan.  Thailand ni mmg pemandangan biasa melihat polis di sepanjang jalan.  Rasanya ramai betul polis mereka ya....

Pak Bara adalah port pertama kami singgah, sebelum meneruskan perjalanan ke Songkla.

Port makan ni tak jauh sebenarnya dari Pak Bara Pier....jeti pelancong untuk ke Koh Lipe, Satun.....setakat nak ke Satun ni makan-makan, border pass pun sudah memadai.  Koh Lipe terletak dalam daerah Satun, jadi tidak memerlukan penggunaan passport.  Penggunaan border pass hanya dikeluarkan bagi mereka yang bermastautin di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Hulu Perak (selain dari Hulu Perak tidak boleh menggunakan border pass) dan Kelantan sahaja, dan penggunaan border pass hanya untuk negeri-negeri Thailand yang bersempadan dengan negeri2 Malaysia seperti Satun, Yala, Songkla dan Narathiwat sahaja.


Sepanjang pantai sebelum sampai ke Pak Bara Pier, mmg sudah berderet kedai makan thai muslim, memandangkan majoriti penduduk di sini adalah dari salasilah melayu kedah, jadi ramai orang muslim.

Nak makan kedai mana, leh pilih je....sebab sumer kedai di tepi pantai ni sederet sahaja dan sebelah menyebelah....kami pilih restoran pertama...






Menunya mmg sedap2, lebih-lebih lagi tomyamnya....kami penggemar thai food, jadi licin sumer kami ratah hehe...




Pak Bara
Pak Nam, La-Ngu District
Satun 91110
Thailand


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...