DAPUR TEMPAT BEREKSPERIMEN



Dapur kami kecik saja, tp syukur dengan apa yang ada.  Kecik2 ni pun tak sempat nak menjaganya gak.  Kami pernah dah update citer psl dapur ni masa awal2 renovate rumah dulu, kali ni ada yang kami tampal wall paper je sikit2.....nak ubah kaler kabinet mcm susah je, jadi tampal je wallpaper...

Skrg ni memandangkan ari2 masak walaupun pagi je (petang tetap kita tapau sbb dah lapor sblm sempat balik umah dr opis), penting le untuk nampak dapur tu bersih dan kemas.  Kalu dak, mood leh ilang gitu...idea pun tak sampai...janji tersusun elok memadai le rasanya...



Meja island ni jarang2 kami makan kat sini sebenarnya, biasa lagi seronok duk bersila depan tv je sambil makan.  Meja ni khusus untuk simpan buku2 masakan, belakang depan meja ni adalah rak buku psl masak2 sahaja.  Di dapur ni le gak tempat membasuh, di belakang island table tu freezer buat simpan stok2 barang basah, beli dr Lazada sahaja....petik di hujung jari sampai depan pintu umah.



Corner memasak kita....sinki penuh le pulak sbb baru lepas kuarkan brg2 dari dalam kabinet n basuh balik.  Sekali sekala kena selongkar baru jumpa setengah barang yang punya le jenuh duk mencari sebelum ni tak jumpa hehe...




Kabinet sebelah ni tempat kita letak buku2 pasal cake deco, n kabinet tinggi sampai siling sebelah oven ni pulak tempat kita letak sumer loyang-loyang kek...



Cara kita labelkan rempah2 supaya senang anak2 kenal dan cari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...