~Udang 3 Rempah~

Bercinta betul mau meng'update' blog ni pun.....nape le lembap betul nak upload gambar....dekat sejam dok tunggu......buat hilang mood je le.....

Anyway, nak citer pasal Udang Galah.....Udang Galah ni fresh kirim dengan kawan yang suka memancing.....udang pun besar2, 1 kg boleh bagi utk 3 kali makan gitu....idea nak masak tak ada, jadi macam biasa taram aje le mana yang boleh......campur itu campur ini, jadi le cara sendiri......nak cuba, cuba le....tak nak, tengok aje le ya.....

~Udang 3 Rempah~

10 ekor Udang Galah - sederhana besar
4 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cili boh

Bahan Tumbuk:
1 ulas bawang merah
2 inci halia
2 ulas bawang putih

Bunga Lawang
Buah Pelaga
Bunga Cengkih

Air secukupnya
Minyak
Gula/Garam/Perasa

1.  Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk bersama bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.

2.  Rempah2 tadi dicampurkan bersama dan dijadikan pes (campur air panas sedikit).  Tumiskan rempah tadi bersama cili boh.

3.  Masukkan gula, dan kacau hingga pecah minyak.

4.  Masukkan udang galah tadi dan kacau rata.  Masukkan sedikit air.

5.  Masukkan garam dan perasa dan masak hingga kuahnya sedikit pekat.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...