~Happy Birthday Sayang Mama~



Hari ini hari ulangtahun kelahiran my 2nd baby, kakak.....panggilan kami untuk dia....umurnya hari ini sudah 10 tahun.....dah berada dalam darjah 4.....sekejap sahaja masa berjalan.....anak2 sekarang mmg sangat cepat membesar.....saya belum fikirkan apa hadiah untuk diberikan sebab dah tahu kalau belikan untuk kakak, terpaksa belikan untuk baby sekali sebab ada sikap dengki di antara kedua mereka....sejak2 ada baby ni, kalau beli apa2 pun mesti kena sama antara mereka....mmg nasib baik kakak tak mintak kek sbb nanti baby akan merajuk sbb dia kata untuk dia tak de walaupun kita dah bagitau dia punya birth date bulan oktober nanti.....



Kakak ngan baby ni actually cam anjing ngan kucing.....ada gak time2 magik keduanya tak leh berenggang....mcm kembar sahaja walaupun jarak usia kedua mereka dalam 3 tahun....kalau kakak pakai tudung ni, adik pun sama.....kalu adik pakai baju ni, kakak pun nak sama gak......tp ada masa kedua2nya bergaduh entah apa2....itu baru 2 anak dara....kalau ada lagi 2-3....hai....entah le.....mau luruh rambut mama ni.....



Kakak lahir tepat pukul 10.10 malam di Hospital Kota Bharu, Kelantan.....dengan kakak, saya bertarung di bilik bersalin selama 6 jam menahan kesakitan yang tidak terhingga....kerana kandungan ketika itu sudah 2 minggu melebihi tarikh jangkaan....kakak tak mau keluar2 jugak.....2 kali kena induce mmg pengalaman paling memeritkan bagi saya...sakitnya tak sama dengan sakit bersalin biasa....dah le sakitnya datang sebaik sahaja ibu saya dan en hubby keluar pergi makan....punya le sakit sampaikan saya nak panggil nurse di sebelah pun suara saya tak keluar....mujur makcik yang menemankan anak dia di katil sebelah tolong panggilkan nurse masa tu.....mmg saya tak mampu menahan kesakitan tersebut berbanding sewaktu melahirkan baby walaupun dengan baby tempoh dari bukaan pertama memakan masa 12 jam....tp dengan baby saya melalui tempoh bersalin yang sangat selesa dan kesakitan yang sangat minima.....

Kiranya dengan kakak, saya melalui tempoh berpantang yang tidak terurus.....banyak betul rintangannya.....selepas bersalin, kakak terus ditahan di wad kerana beberapa masalah dan saya pulak diserang demam yang teruk....selepas 4 hari saya keluar wad tp demi anak, saya menjadi penunggu di wad bayi dengan tidur beralaskan lantai sahaja....saya sudah demam terketar2 waktu itu, dengan aircond yang giler2 sejuk....dengan bengkak susu lagi....selepas 7 hari kalu tak silap, baru kakak dibenarkan keluar selepas demam kuningnya hilang kerana saya curi2 bawa masuk susu kambing untuk disusukan kepada kakak.....balik rumah tak sampai 2 minggu, saya kena cirit birit pulak....siap cramp2 lagi perut.....arwah abah ngan adik usung saya masuk kereta untuk dibawa ke hospital waktu itu....saya kena tahan....dari hospital tu saya naik ambulan pulak kena hantar ke Hospital USM.....pengalaman pertama saya naik ambulan.....kena tahan lagi di situ dekat seminggu.....sepanjang tempoh tu, kakak dibawah jagaan ibu saya dan saya tak dapat menyusukan dia....di hospital saya terpaksa menerima tambahan darah kerana kandungan hb saya sangat rendah....sangat susah nak mencari penderma kerana darah saya ni tak sama mcm orang lain....mujur le ada bekalan 1 pain darah waktu tu untuk kegunaan saya.....2 hari terakhir di hospital baru ibu saya bawak kakak....rindu betul masa tu pada kakak....saya keluar wad pun tanpa keizinan doktor, tp terpaksa le tandatangan surat pelepasan.....saya ni tak bape tahan dok hospital....rasa cam terkongkong je.....

Walau apa pun, anak2 adalah nyawa dalam hidup saya....tak de dia orang, saya rasa seperti tak sempurna.....saya bersyukur pada Allah SWT kerana mengurniakan anak2 ini kepada saya dan bersyukur kerana menjadi insan terpilih diduga dengan ujianNya dalam hidup ini....di sebalik semua kekurangan, saya percaya ada hikmat di hari esok yang dijanjikan oleh Tuhan kepada saya dan keluarga....

Buat kakak, Naimi Qaisara Zulaikha.....mama doakan semoga kakak akan membesar menjadi contoh yang baik kepada keluarga, menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata orang tua dan sentiasa cemerlang dalam hidup.....kata-kata nista orang tidak akan berhenti tetapi sentiasa redha dengan apa yang diberiNya...mama percaya kakak tahu ketentuan hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT....jadi, ceria2lah selalu ya sayang....

6 comments:

The Ugly Mother said...

hapie bufday to kakak. nina, kasih ibu sampai ke mati utk anak2nya.

Babybatriesyia said...

tq lili....yup betul tu lili...

::Azura Rahman:: said...

touching je baca cerita akak nie.. huhuhu.. btw, happy birthday utk kakak.. moga menjadi anak yg solehah.. amin..

Babybatriesyia said...

tq zura....pengalaman masa lalu huhu...

Lizan said...

azabnya cerita ko nina... syukur ko kuat semangat dan tak meroyan dalam tempoh2 kesukaran tu... dah besar dah pun anak dara... dah boleh booking lum nih..hikhik..

Babybatriesyia said...

hehe....tak de le sampai meroyan ko nih....tp yang sian tu dia le satu2 yg aku tak leh nak menyusu lama...dek2 ubat2 agaknya susu kering terus....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...