KEBUN KU : Beli Biji Benih

Pantang nampak biji benih sayur2an mmg rasa nak rembat semua....mana yang jumpa kena ngan bajet beli terus....kali ni saya borong via online dr China....tru Aliexpress.....first packet sampai arini...x sampai 3 minggu....ingatkan bulan depan baru sampai....puas hati...dpt lagi benih bunga free....

Saya masih menunggu lagi 7 packet sbb dr seller berbeza....cuma kuantiti yg banyak ni yg sampai dulu....kalau ikut terma yg diberi boleh cecah 60 hari....tak kisah sangat le....yg ini dlm 45 paket pada harga kurang dr rm30 je....postage free.....worth menunggu. ....kalau sini abis murah pun rm2 sepaket....

Buat masa ni x boleh semai lagi sbb x de space....




posted from Bloggeroid

RESIPI : Pajeri Air Nenas


1 biji nenas yg kecil - dibuang kulit dan matanya, dipotong sesuka hati

Bahan tumis
1 ulas bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih

2 biji lada merah/hijau
1 senduk cuka
Air secukupnya
gula/garam secukup rasa

Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis bahan2 tumis tadi hingga wangi. Masukkan cuka dan seterusnya air secukupnya. Biar menggelegak dan masukkan buah nenas yg telah dipotong tadi, letakkan garam dan gula secukupnya. Biarkan hingga ia masak.

RESIPI : Nutty Chocolate Chip Muffin


Nutty Chocolate Chip Muffins 

Bahan A 
250 gm tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bicarbonate 
1 1/2 sdu teh serbuk koko 
100 gm gula castor 

100 gm butter, dicairkan 
2 biji telur, pukul sedikit 
125 ml susu UHT 
1 sudu teh madu 
50 gm kacang macadamia (i used walnut) 
30 gm chocolate chip 

Campurkan bahan A dan gula di dalam acuan yg sedikit besar. Gaul sebati bahan ini. Campurkan butter cair, telur dan susu UHT bersama dan tuangkan ke dalam bahan kering yang dicampurkan tadi. Kacau hingga sebati guna whisk sahaja. Masukkan madu, kekacang dan chocolate chips. 

Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit (atau hingga masak mengikut oven masing-masing) pada suhu 180'C

KEBUN KU : KEBUN MINI KU lagi....

Silalah mem'boring'kan diri dengan status ari2 asik pasal kebun.....sabar aje le ya.....hehehe....apa nak buat, skrg ni musim berkebun.....sebab tengah seronok tengok perkembangan.....macam jaga anak kecik, step by step sekarang ni sumer 'crucial'....salah langkah sumer tak membesar sbb tak cukup zat....lagi susah jadi pokok sebab mereka tak mampu beritahu mereka nak apa, nak baja ke, nak cahaya matahari ke dan sebagainya....pendek kata sumer kita redah....

Sekarang ni proses mengalih sayur2 yang baru bertunas tu ke dalam bekas yang lebih besar, tengok nasib le ada yang mahu hidup, ada juga yang tidak.....tangan saya ni bukan le tangan hijau mcm sesetengah orang tua cakap....tp saya percaya kalau nak berbudi pada tanah, kita kena belajar dari mula....kena kenal dan tahu apa yang perlu atau tidak....mula2 kita mungkin gagal, lama2 kita akan serap ilmunya sedikit sebanyak....

Serangan binatang atau serangga seperti belalang tak daya saya nak bendung, sebab bukan le belalang species kecik2....ini species sekali ngap daun kunyit saya abis patah......sangat le besar dan selalu duduk melepak atas pokok durian belanda....mata saya rabun jadi tengok pun kena betul2 perhati.....setakat sekali pandang tak nampak apa2....

Ini cuma nak citer mengenai pokok2 atas tanah yang 'pinjam' sedikit padang depan umah.....daripada biar je mcm tu tanam je le sikit2....lagipun area tu budak2 tak gunakan untuk bermain sbb berbatu bata dan tak rata....kawasan tepi bendang ni sedikit bahaya sbb banyak binatang tak dijangka....jadi, biar je saya yang kerjakan.....jangan ada yang dengki sudah le sbb saya gunapakai sedikit padang tu ...kadang-kadang hati manusia tak de sapa tahu kan.....

 

Kiri : Pokok Gajus, Kanan : Daun Kunyit


Pokok Durian Belanda


Pokok Mempelam Harum Manis dan Mempelam Telur....


Pokok Mulberi saya semai dr keratan batang.....ada 4 dalam pasu, lagi 3 pokok saya nak biarkan besar di atas tanah.

  

Kiri : Aloe Vera, Kanan : Pokok Kari



Pokok Mempelam Harum Manis


Kiri : Betik, Kanan : Serai



Pokok Kelapa Pandan

KEBUN KU : SOKONGAN UNTUK BERKEBUN

Berkebun ni tak jadi kalau sorang2 je....walaupun yang turun berkebun mmg saya seorang sahaja, en suami tetap bagi moral support.....mungkin sbb dia tengok saya bersungguh2 mengerjakan kebun dan menjaga pokok2 tu setiap hari.  Macam2 baja dan pokok2 yang saya beli dan kebanyakannya hanya pokok2 herba atau yang boleh mendatangkan hasil walaupun sekadar untuk diri sendiri.  Kadang2 en suami bising jugak, lagi2 tengok koridor pun dah lama makin penuh, tapi saya nak tunjukkan jugak sumer tu akan ada hasil.  Kadang2 dia takut saya terlebih menanam sampai penuh laman nanti jadi semak, takut benda lain yang beranak pinak.  Tapi sekarang saya selalu bersihkan kebun mini tu, cabut2 rumput dan sebagainya.  Saya tandakan ngan bata untuk jadikan seperti spot kebun mini, supaya senang nak kemaskan tempat tu.

Seminggu dua ni bila tanah tak cukup, en suami rajin tolong belikan (sbb saya pot pet2 bila tanah tak ada hehe).  Arini en suami tolong belikan pagar dawai, batang kayu untuk support pagar n tanah lagi untuk saya gunakan di kebun.  Sebab saya dah mula buat 'raised bed' untuk alihkan sayur-sayuran yang ada, jadi takut le pulak ada kucing2 jadi tukang kacau di kebun mini tuh.  "Raised bed' untuk sayuran kena buat sbb tanah di depan rumah tu berbatu dan keras, tak berapa sesuai untuk pokok2 berakar halus.  



Seminggu dua ni asik ulang alik beli tanah je hehe....


Cik Miko yang jadi tukang kacau.....harap2 dia tak kencing merata2 dalam kebun tu nanti.....

BILIK MENJAHIT KU : SULAMAN TAG NAMA



Walaupun bekerja sepenuh masa, saya suka mencari masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang saya suka seperti menjahit, menyulam, berkebun, membuat kek dan sebagainya.  Kerjaya part time sebagai tukang jahit ngan baker adalah kerja ke 2 dan ke 3 saya, selain terikat sepenuh masa dengan tugasan dari jam 8 hingga 5 petang.  Berkebun adalah kerja ke 4 saya tapi bukan le kerja part time untuk income.  Berkebun lebih kepada keperluan mendapatkan bekalan2 harian dengan lebih mudah.

Menjahit telekung dan tudung adalah kesukaan saya.  Saya tidak mengambil tempahan pakaian melainkan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja.  Sekarang ni seronok menyulam tag nama tempahan rakan2 dan rakan2 anak.  Sebelum ni hampir2 putus asa untuk meneruskan kegiatan sulaman, hampir2 juga mesin saya jual tp Alhamdulillah jodoh dengan mesin masih panjang.  Sekarang saya bersyukur kerana tidak berjaya melepaskan mesin ini ke tangan orang lain.  Meh cuci mata ngan sulaman tag yang simple ini.









KEBUN KU : BIAK STRAWBERI DARI 'RUNNERS'

Saya sebenarnya tak sangka pokok strawberi yang saya beli di Cameron dlm 3 bulan lepas boleh bertahan hidup sampai ke hari ini.  Cuma sekarang tak berapa galak berbuah, bunga2 keluar banyak tapi sumer kering tak sempat berputik.  Tak mengapa le...tak kisah sangat.  Saja seronok2 tanam pun.  Tapi pokok induk ni giat mengeluarkan runners atau sulur yang boleh mencambahkan anak-anak baru.  Jadi saya cuba buat teknik membiak pokok dari runners2 ni.


Terlebih dahulu saya google dari youtube.  Tak susah pun, sulur2 ni dah panjang, ada yang dah siap langkau menjadi 2 sulur pada satu batang.  Ikut kaedah yang diberi tidak elok biar ada anak kedua dari sebatang sulur ini, takut nanti khasiat tak sampai.



(Dalam video ni menggunakan batang kayu yang dipatahkan, guna sahaja mana yang mudah)

First, saya sediakan 3 pasu berdekatan, sebab dah ada 3 sulur.  Letakkan je sulur yang ada pokok2 ni ke tanah dan saya pastikan ia jejak tanah dengan 'matikan' menggunakan cangkuk besi pada batang pokok.  Cangkuk menggunakan besi untuk penyediaan bunga telur sahaja, bentukkan U dan cengkam pada batang berdekatan akar.  Sulur berlebihan dari induk anak ini saya potong. 

Kita tengok le nanti boleh survive ke tidak menjadi anak2 strawberi yang baru.  Once akar dah betul2 cengkam tanah, boleh keluarkan cangkuk tadi dan potong sulur dari induk ke anak pokok.  Boleh le kita asing2kan pasu tu nanti.

Sekian, dari saya yang baru nak belajar tanam stoberi hehe.....kalu salah tak kisah le, bukan nak komersilkan pun.

Tak sabar rasanya nak naik Cameron lagi....sbb saya nak rembat lagi 3-4 pokok stoberi nih n nak biakkan dari induk.  Nak semai benih sampai sekarang tak keluar2 pun pucuknya.  Dah merajuk rasanya.

KEBUN KU : CITER KEBUN MINI KU

How fun kan berbudi pada tanah....walaupun tak tentu boleh membesar bagai johan atau tidak, bila berkebun ni dpt tengok putik naik sehelai dua pun rasa mcm berbunga2 hati....sbb maknanya pokok tak merajuk le.....teringat lagi dulu2 masa duduk menyewa di Kelantan, tanah sebelah umah mmg habis dikerjakan buat kebun.  Jiran belakang pun ikut sama tolong berkebun.  Hasil sama2 pakat rasa.  Pagi2 bila tak sempat nak menyiram, mereka tolong siramkan.  Merasa le masa tu makan fresh salad, jagung, bendi, kangkung, bayam n sumer tuh.  En hubby pun rajin berkebun masa tu.  Pastu bila pindah umah lain, tanah dah takde, tanam pun cuma atas tanah sekangkang semut aje depan umah, dah tak bape syok.

Sekarang dah pindah ke Perlis, awal2 pindah semasa masih menyewa, tanah sebelah pun saya kerjakan jugak dengan mcm2 kebun.  Siap tanam ubi kayu, bendi dan sedikit sayuran.  Kemudian bila rumah berpindah milik ke tangan kami, dah renovate rumah....terlupa keinginan nak berkebun.  Habis sudah sumer tanah takada, sumer dah bersimen.  Sekarang mood bercucuk tanam datang balik, tp tanah dah tak de.  Untungnya rumah ada di jalan mati dan depan rumah adalah padang lapang.  Separuh anak2 di taman gunakan untuk bermain bola, depan rumah pulak tanah berbatu dan agak lecah sikit bila hujan.  Jadi, gunakan sahaja ruang yang ada itu untuk menanam pokok2 besar.  Selebihnya mcm dalam gambar, ada dalam pasu sahaja.


Ini sumer yang ada

Dari belakang:

(eh....belakang tu ada pokok atas tanah)
Mata kucing
Belimbing
Limau Purut
Belimbing Buluh
Lemon
Semambu
Halia Bara
Limau Kasturi
Limau Purut
NamNam (Katak Puru)
Lemuni

Barisan belakang semua pokok Mulberi

Yang lain2 yang tak nampak:
Pandan
Kelapa Pandan
Daun Kunyit
Limau Nipis
Kantan
Kari
Pelam Harum Manis
Pelam Telur
Mulberi

Yg belum sampai ke tangan:
Midin
Pokok Turi
Puding Belacan
Mahkota Dewa
Jarum 7 Bilah
Sireh Kampung

Later le tunjuk yg tu bila dah ada di tangan dan dah ditanam dlm pasu


Ini lak boleh le dikatakan tapak semaian saya....lamanya nak tunggu satu2 mengeluarkan hasil.  Entah ada yang terbantut dah agaknya.  Sumer ni saya gunapakai ruang koridor tingkat atas rumah, jadi saya boleh keluar berkebun siang malam sesuka hati tanpa risaukan orang sekeliling.

Fig
Benih2
-Sawi (dah bertunas)
-Cherry Tomato (nampaknya dah mula kuar)
-Cili Solok
-Cili Padi (berlambak, dkt pokok dlm pasu bnyk anak)
-Asparagus
-Hedgehog Cucumber
-Timun 
-Kacang Botol
-Marjoram (dah kuar)
-Telang (dah kuar)
-Sweet Basil (dah kuar)
-Lemon Basil
-Kailan (dah kuar)
-Terung (dah kuar)
-Peria
-kangkung (stok kedua dah naik dah, yg first tunggu lagi 2 minggu leh semai)
-black cherry tomato
-brussel sprout
-salad
dll....tak ingat dah


Ini pun sama di tingkat atas juga

Ketumbar Jawa (Long Coriander)
Belalai Gajah
Sambung Nyawa
Pandan Herba
Pegaga Kampung
Kunyit Merah
Temu Hitam
Temu Pauh
Sagu Bemban
Selasih Thai
Cili Padi
Cili Benggala
Hempedu Bumi
Kaduk
Kesum
Ginseng Jawa


Ini rak hadiah dari en hubby, buat susun pasu2 kecik katanya

Rosemary
Peppermint
Bunga Telang
Bangun2
Stevia
Cekur Batik
Cekur Hijau
Cekur Hitam


Daun kesum yang semai dalam tong pakai buang, tong bekas marjerin bilik bakeri saya.  Yang lain2 tu anak pokok bendi.....dialih dr tapak semaian....nak tunggu besar sikit lagi nanti nak alih ke polibag lebih besar.

Sekarang sedang berfikir nak beli bata2 merah untuk buat pagar rendah buat area berkebun depan umah....tak sabar nak kemaskan rupa kebun2 tuh....

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2015

Sampai jugak ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 pada Sabtu aritu....nasib baik singgah awal, sebab petang tu dapat berita khemah2 di situ diterbangkan angin sebab hujan ribut.  Luckily hubby selalu ikut serta minat orang rumahnya nih, sebab tu apa2 hal lebih suka dengan famili.  Awal2 dah bagitau hubby nak ke sini, yang best last2 en hubby yang merembat pokok mcm2 hehehe....en hubby tolong gak belikan rak besi buat letak bekas2 pokok comel2 yang orang umah dia dah penuhkan kat koridor atas.

Sempat le beli pokok ajaib, limau kasturi, limau purut nak buat stok dalam pasu, pandan wangi, pokok gajus n borong stok benih dekat booth Mardi. Ada jugak borong telur masin sekotak....50 biji RM20 aje.....huh....hari2 makan telur masin le nampak gayanya nih.  


Cuaca sangat panas terik, kalau tidak dah tentu merembat lagi banyak pokok.  Lagi pulak parking jauh, dah senget2 bahu usung pokok.  Sumer berat2.

KEBUN KU : SEMAIAN BENIH2 BARU

 Kena sabar sungguh kalu nak berkebun bermula dengan biji benih......setakat ni, ini je semaian yang menampakkan hasil.....puas hati sebenarnya walaupun lambat betul nak tunggu tumbesaran satu-satu.

Yang kiri ni bunga telang.....2 minggu menyorok, sehari dua ni baru menampakkan diri.  Yang kanan ni pula anak pokok lada pepper.  Alhamdulillah, lepas semai tak lama terus muncul.

   

Ini lak benih2 yang baru dirembat dari mylestaryseeds.....mudah je order online.....dapat free satu pek anak benih.....baru semai 3 pokok....yang lain tunggu cari tapak semaian baru n tanah...ada yang tempah dari nursery berdekatan masih belum sampai2 lagi....kalu tanam agaknya dah berpucuk.....yang order dari China pun ada jugak, biasa le yang tu makan masa sebulan dua baru sampai....tp benihnya berbaloi beli sbb murah2......memandangkan stok yang sedia ada pun tak sempat nak semai semua, tak kisah le sampai lambat pun..


 Yang bawah ni kailan.....bila mood tabur benih tak bape ada, main campak je.....silap le pulak sbb terlebih banyak anak pokok yang tumbuh.....dah haru nak letak mana pokok bnyk2 nih..... 


Yang kiri ini pulak pokok sweet basil....kanan ni anak terung.....

     

Yang ini anak marjoram....herba.....lama gak tunggu, ingatkan benih dah tertimbus, alhamdulillah keluar gak....


Yang ini lak sawi.....ini pun satu, masa campak benih tak pk.....dah rapat2 pulak tumbuhnya, camne le nak alih nih....


Ini buat sambungan stok kangkung.....yang ada aritu tunggu besar nanti boleh semai....sementara tu ada le stok yang dah tunggu.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...