Kudapan Hari Minggu.....
Siakap Masam Manis
Sos Cili
Sedikit Sos Ikan
Sos Tiram - campurkan semuanya dengan sedikit air
Bahan Tumis (dihiris halus)
Sayur Buncis Goreng
Alahai....lauknya simple2 ajer ya.....kes malas punya pasal ler ni.....ntah pasal apa mood nak masak pun tak ada....jadi buat yang mudah2 ajer.....hari minggu semua pakat 'flat'......hubby sibuk ngan marking paper....kita pulak sakit kepala.......jadi bnyk landing depan tv jer.....hehehe....
Kek Pisang Bercoklat
Resipi ni kita ubahsuai sikit kandungan butternya sbb balance butter yg ada cuma takat 150 gm jer....so malas nak bukak tin butter baru, so balance kita guna marjerin.....rasanya tak ada beza sangat, guna marjerin rupanya buat kek jadi lebih wangi......
Masak jer kek kita terus potong, tak sabar nak try.....walaupun sakit2 mulut (bila sakit makan apa pun jadi tawar jer....) tp telan gak.....nak test coklat tu camne.....kek tu gebuuu sangat.....tp sbb pakai loyang 9 x 9 so kek tak naik tinggi sangat, tp elok ler....kalu guna loyang kecik nanti tengah kek susah nak masak.....nanti luar kek dah garing, tengahnya lembik lagi....
Kek Pisang Bercoklat
150gm mentega
100 gm marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A (guna gred B sahaja)
1 cawan pisang yg dilecek (guna pisang emas, sukatan dlm 5 biji pisang)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang (dicincang sahaja, guna coklat vochelle....campak tak timbang pun)
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Orange + Silver Theme
Design roses permintaan effa.....katanya mana2 jer yang elok, roses pun ok.....so mencari2 idea.....idea spontan yg keluar design ala2 anyam tikar......simple jer.....tp hubby bila tengok jer cuppies ni "cantiknya buat mcm tikar tu".......hehehe.......kembang jap.....mana idoknya......tak pernah2 dia puji.....tup tup tiba2 dipuji ler pulok......apa pun harap yg empunya cuppies dapat menerimanya dengan senang hati......risau pulak sbb tak dpt menghasilkan warna silver tu......harap2 lepas ni jangan ler ada yg mintak kaler2 yang susah nak dihasilkan secara 'semulajadi' ni......takut tak jadi hasilnya nanti....dan lantas akan mengecewakan pulak yang menerimanya.....
PETUA MEMOTIVASIKAN ANAK DALAM 'KERJAYA'
Bagaimana ibu bapa boleh membantu?
1. Tolonglah anak anda untuk menghadapi hari 'bekerja' mereka seperti :-
- ~~Sediakan makanan berkhasiat setiap hari;
- ~~Sediakan pakaian bersih dan sesuai;
- ~~Peralatan sekolah yang mencukupi seperti pen, pensil dan pemadam
2. Di Rumah:
- ~~Tidak perlu besar tetapi selesa;
- ~~Didiklah anak-anak yang masih kecil menghormati sudut bilik ataupun meja khas yang disediakan khusus untuk abang atau kakak mereka semasa belajar; (camne nak buat ni ekkk....hehehe)
- ~~Meja yang disediakan hendaklah jauh dari telefon dan televisyen;
- ~~Sediakan peralatan dan buku yang perlu untuk mereka melaksanakan tugas;
- ~~Pastikan suasana yang sesuai seperti lampu yang terang, suasana yang tenang (boleh sekadar soft music).
Photo from flickr
3. Kenal pasti cara bekerja yang berkesan. Gaya pembelajaran berdasarkan rangsangan tertentu:
- ~~Rangsangan persekitaran - suasana senyap dan tenang membantu anak belajar;
- ~~Rangsangan emosi - perlu diucap selalu oleh para guru/ibu bapa;
- ~~Rangsangan sosiologi - ada anak yang boleh belajar dalam keadaan sunyi manakala ada yang suka belajar secara berpasukan. Ibu bapa boleh galakkan anak-anak mengajak kawan-kawan mereka belajar bersama di rumah, di bawah pemerhatian ibu bapa.
- ~~Rangsangan fizikal - dengan cara melihat, bereaksi mendengar cerita anak-anak; "Setiap individu itu unik dan ada cara tersendiri untuk bekerja dengan produktif. Kalau kita tidak faham nanti kita tersalah anggap".
4. Latih anak-anak pengurusan masa yang berkesan;
- ~~Pastikan anak-anak mempunyai masa untuk belajar, bermain, bersama keluarga dan masa untuk diri sendiri;
- ~~Pecahkan tugasan besar kepada bahagian kecil;
- ~~Peruntukan masa yang berpatutan untuk setiap kerja. "Sebagai contoh untuk karangan sepatutnya diselesaikan dalam masa setengah jam dan bagi ulangkaji pelajaran Matematik antara 10 hingga 30 soalan untuk satu hari";
- ~~Adakah senarai perkara yang perlu dibuat harian dan mingguan dengan membuat jadual waktu peribadi dan diari;
- ~~Tentukan kepentingan tugas - apa yang perlu dilaksanakan dahulu;
- ~~Laksanakan sepertimana yang dirancang.
5. Tunjukkan minat anda secara aktif;
- ~~Bukan setakat tanya, "bagaimana sekolah hari ini? Ok?";
- ~~Pertanyaan hendaklah lebih spesifik dan berkaitan. "Contohnya, tanyalah hari ini belajar apa? Kalau susah boleh ke mak atau abah tolong?";
- ~~Ambil tahu tentang aktiviti, tugas, masalah belajar, masalah dengan rakan sebaya dan sebagainya;
- ~~Pujilah anak-anak sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik;
- ~~Tunjukkan minat anda terhadap idea dan pendapatnya;
- ~~Lazimnya anak berasa seronok jika ibu bapa mengambil berat.
6. Kenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas;
- ~~Dapatkan ganjaran daripada buku laporan, perjumpaan dengan guru, inventori personaliti dan lain -lain untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan otak;
- ~~Ibu bapa boleh bantu kekurangan anak -anak dengan mengajar sendiri, kelas tambahan, sesi kaunseling, kursus dan lain-lain.
7. Bantu anak-anak dengan kerja rumah secara berpatutan;
- ~~Sekiranya ibu bapa mampu, lakukan sendiri, jika tidak dapatkan bantuan daripada guru tuisyen. "Anak-anak biasanya lebih suka dapatkan bantuan luar kerana berasa dirinya tidak dihakimi sebagaimana kesilapan yang sering dilakukan oleh para ibu bapa"
- ~~Pastikan anak-anak tahu usaha ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri;
- ~~Pastikan anak melakukan sebaiknya ikut kemampuan;
- ~~Beritahu anak anda bahawa anda berasa bangga dengan mereka;
- ~~Berikan masa untuk berehat;
- ~~Jangan sampaikan mesej bahawa anda malu sekiranya dia kurang kemahiran, atau dia telah mengecewakan anda;
- ~~Jangan sekali menghukum sekiranya dia kurang mahir;
- ~~Jangan labelkan anak sebagai pemalas, bodoh dan lain-lain.
8. Cara Mengajar Anak-anak;
- ~~Cari jalan untuk memulakan komunikasi untuk kerjasama- mendengar masalah sebenar;
- ~~Pastikan sesi belajar seronok bagi anda dan anak. Anda boleh sediakann keropok dan air kopi untuk meransang semangatnya;
- ~~Duduk bersebelahan, bukan berhadapan serta sama tinggi - situasi ini lebih mesra dan jelas;
- ~~Jika anak kelihatan tidak berminat, cuba dengar alasannya kenapa;
- ~~Jangan terus menghukum. Mungkin anak takut tidak dapat mencapai kehendak anda;
- ~~Pastikan arahan dan langkah jelas dan mudah difahami. Buat dengan perlahan dan teratur;
- ~~Rancang kerja menggunakan langkah kecil yang perlu jawapan dan tumpuan yang baik;
- ~~Lebih mudah untuk kenalpasti di mana kelemahannya;
- ~~Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Lebih mudah untuk kesan kekecewaan dan kekeliruan yang berlaku;
- ~~Jangan abaikan mana-mana soalan yang agak susah untuk melatih anak supaya tekun walaupun susah;
- ~~Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif;
- ~~Jika salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir;
- ~~Sekiranya berjaya, berikan pujian.
9. Jumpa 'bos' anak anda sekali-sekala;
- ~~Bukan hanya kerana dipanggil oleh guru besar;
- ~~Dapatkan laporan perkembangan;
- ~~Dapatkan maklum balas dari guru kelas, guru kaunseling;
- ~~Kenal pasti masalah sekiranya ada;
- ~~Ketahui apa yang anda boleh bantu di rumah.
10. Libatkan diri dengan aktiviti sekolah;
- ~~Tunjukkan sikap ambil berat dan pamerkan kasih-sayang;
- ~~Anak rasa bangga dan dihargai;
- ~~Hadiri majlis sekolah, hari sukan, konsert tahunan, hari penyampaian hadiah, mesyuarat PIBG, gotong-royong, lawatan sambil belajar, hari kerjaya dan sebagainya.
Kenalpasti sekiranya anak anda burn out!
- ~~Ada anak yang bekerja terlalu kuat untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang lain yg dia mampu berjaya;
- ~~Diberi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab;
- ~~Berasakan diri berminat dengan semua perkara;
- ~~Elakkan burn out agar tidak terganggu kesihatan dan perkembangan anak.
Ubah Persepsi Anda!
- ~~Bersekolah bukan semudah yang disangka; u have gone through it right?
- ~~Bantuan anda penting untuk anak-anak berjaya;
- ~~Jangan bandingkan diri anda dahulu dengan anak anda, mereka orang yang berbeza sama sekali, dengan situasi yang sudah jauh berbeza; **
- ~~Semua anak ingin berjaya, disayangi dan diberi perhatian.
Sama-sama ler kita membantu anak-anak melaksanakan tugas dengan baik dan menjadi pelajar yang komited, cemerlang, berdisiplin dan mempunyai motivasi kendiri yang tinggi.
Nota ini untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan maklumat untuk rakan-rakan sekelian.
**My own note
PETIKAN DARI : ANIS OGOS 2004
Jamuan Akhir Tahun Along & Kakak
Rasanya minggu ni ramai ibu bapa yg sibuk memenuhi permintaan anak2 untuk membawa macam2 makanan ler, snek ler untuk jamuan akhir tahun sekolah mereka.....maklum ler tak lama lagi dah nak cuti sekolah.......along ngan kakak sibuk suruh buat kek.....tp kan.....common sangat pulak......so mama cakap apa kata kita buat muffin.....senang nak bawak.....dan tak cerewet sangat.......
So smlm buat ler projek muffin......letak white chocolate chip......bagi budak2 syok makan......kita isi dlm muffin cup mini......comel2 buat budak2.....
Udang Kukus Halia
500 gm udang besar
Bawang Putih (hiris halus)
Daun Ketumbar (hiris halus)
Lada Merah (Hiris halus)
Sedikit sos ikan
Susun udang atas pinggan yg boleh diguna utk mengukus. Taburkan semua bahan di atas termasuk sedikit sos ikan dan kicap cair, kecuali tomato. Buah tomato yang dipotong2 ditabur bila hampir hendak diangkat.
Bauhulu Gulung
Apa pun jika nak cuba ini resipinya......buat senipis boleh ya.....jangan risau, mmg naik tinggi kalu boh bnyk....so kalu boh nipis dah mmg confirm jadi.....jangan risau ngan rupa kulitnya sbb bauhulu gulung bukan cam swiss roll yg cantik kulitnya......rasanya mmg azali rupa bauhulu gulung ni dia menggerutu sikit.....hehe.....
350 gm gula castor
Ayam Masak Bermadu
Ini antara lauk2 sampingan lain.....yg biasa2 tu tak perlu ler tahu.....korang pejam mata pun leh buat......tapi entry ni kita nak bagi resipi Ayam Masak Bermadu......selalu buat masak pedas2 jer, so tukar kita buat ala2 manis tapi berkhasiat sikit......kita letak madu.....ini caranya, mudah jer.....
Ayam Masak Bermadu
Ayam - dipotong kecil, gaul dengan garam dan digoreng sebentar
Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
1 biji tomato
Sedikit serbuk lada
Madu - dicairkan dengan sedikit air
Sedikit air asam jawa
Garam - tak perlu bnyk, sikit sahaja sbb ayam dah digoreng dengan garam tadi
Gula
Tomato - dibelah2
Cara
Tumiskan bahan kisar tadi hingga garing sedikit. Masukkan serbuk cili yang dijadikan pes. Masukkan air asam jawa dan madu yang dicampurkan air tadi. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan biarkan hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula jika perlu. Masukkan tomato yang dibelah akhir sekali.