~Cuti2 Bersama Famili~


Bercuti-cuti bersama famili selama 4 hari bersempena sewaktu cuti hari pekerja baru2 ini.....ambil kesempatan masa yang ada untuk berehat bersama2.....rasanya dah lama tak betul2 bercuti....kali ni mmg istilah bercuti bagi anak2 semata2.....sbb saya tak sempat nak shopping barang2 kek langsung kali ni.....sejarah le pulak tu....bukan per, rasanya cukup le apa yang ada....rasanya dah tak berminat dah nak tambah2 stok di rumah, yang ada sekarang pun masih belum fully utilise lagi.....

Untuk bercuti2 kali ni saya dah set timing siap ngan itinerary lagi bentang kat en hubby......dah cakap dah sini situ tempat saya dah susun nak pergi.....jadi kena ikut jadual yang ada.....so boleh abis jalan2 sumer tempat yang nak tu dalam masa 4 hari yang terhad tu.....memandangkan travel by car, jadi perjalanan dengan kereta dah memakan masa yang panjang.....

Ok le....bercuti-cuti ke mana?

Ke i-city sahaja......sbb tak pernah sampai walaupun dulu asik berulang alik ke Shah Alam setiap masa.....ini le pertama kali sampai....mmg targetnya nak bawak anak2 masuk Snowalk.....luckily baby lepas ketinggian yang diperlukan tu....kalu tidak, tak dapat le nak masuk.....berseronok-seronok gitu....mula2 masuk kira ok le lagi, boleh le tahan kesejukkannya....tp dah mcm dok dalam peti sejuk bila masuk 10 minit selepas tu....along le paling tak tahan.....sampai dia mintak keluar dari situ sbb tak tahan kesejukan.....3 kali berulang alik kami keluar masuk hehe....last2 saya pun dah tak tahan, sbb pakai kasut 'open air' hehe....sudahnya kaki saya pun dah cramp.....anak2 lagi le.....bayar tiket punya le mahal sampai beratus2, sudahnya dok situ paling lama cuma 30 minit je kot......








First time kena 'keluar' dr bilik salji....kamera pun udah blur.....basah lencun dah....baby pun dah terketar2....tak tahan katanya.....





Wah....en hubby pun ikut sama main gelongsor...hehe....

 


Bagi can tuan tanah nak selit sekali....hehe...

Sekali sakala snap berdua.....

Overall, kami cuma ambik masa 3 jam sahaja di sekitar kawasan ni.....30 minit sahaja di dalam rumah salji, selebihnya pusing2, makan2.....ambik2 gambar di kawasan sekitar sahaja.....yang penting anak2 gembira.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...