~Sup Gear Box~



Semasa ronda-ronda ke Mydin hari minggu aritu, terjumpa le potongan2 gear box ni....bukan le exactly mcm gear box yang seketul2 siap leh hirup2 lemak dia tuh...yang ni dah siap potong2.....walaupun kat kampung di kelantan sup gear box ni sangat le popular, tapi tak pernah sekali pun saya cuba untuk menikmati hidangan tersebut.....takut terlebih lemak ke apa ntah le....tp mmg selalu teringin nak merasa keenakan gear box nih....so, since dah 'terserempak' tu, saya kena cuba le....harga pun cuma bawah RM5.....cukup le utk saya ngan en hubby yang makan....

Teknik memasak saya buat lain dari biasa.....and mmg sedap sangat makan ngan nasi putih yang masih panas2.....terlupa pulak ngan lauk2 lain yang ada sbb asik makan lemak gear box nih hehe....apa2 pun satu hari harus saya mencuba the real gear box nih....saya nak gak hirup ngan straw lemak2 tu hehe....

~SUP GEAR BOX~

4 ketul gear box - direbus terlebih dahulu hingga isinya lembut, simpan air rebusan untuk digunakan nanti
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Campuran:
2 sudu kecil Serbuk Ketumbar
2 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
2 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam

Mix bahan di atas dengan air panas untuk dijadikan pes.

Air secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 biji asam limau nipis
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Ubi Kentang - dipotong ikut selera
Garam/Gula secukup rasa

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat.  Kemudian, masukkan bahan campuran pes tadi dan tumis hingga naik minyak.  Kemudian, masukkan air rebusan gear box tadi dan tambah dengan air biasa secukupnya jika air rebusan tidak cukup untuk menenggelamkan gear box di dalam periuk.  Masukkan serai yang diketuk tadi.  Bila sudah menggelegak, masukkan gear box dan ubi kentang dan biarkan direneh di atas api sederhana.  Perasakan secukup rasa.  Masukkan air asam limau nipis secukupnya.  Taburkan daun ketumbar dan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...