KEBUN KU : KANGKUNG HIDROPONIK

Semangat bercucuk tanam memang menjadi2 sekarang ni.  Buat masa ni masih menunggu benih2 yang disemai untuk memunculkan diri.  Setakat ni bendi, terung ngan sweet basil dah mula kuar.  Bendi pun dah alih masuk bekas lagi besar.  Baru je semai kailan ngan sawi.  Tak tahu nasib benih2 tu camne sbb lupa nak alih, benih2 terdedah ngan hujan lebat yang asik melanda saat menjelang malam sampai ke pagi.  Harap2 selamat le.....benih2 lain lama dah semai, rasanya mungkin tanah terlalu padat, percambahan akar tak boleh berlaku agaknya....

Yang ni versi hidroponik tanam kangkung.  Lebih bersih.  Ini proses percambahan dalam masa 5 hari.  Prosesnya pun mudah sahaja.  Hajat nak buat untuk bayam, tp benih bayam terlalu halus, tak boleh nak semai menggunakan penapis seperti ini.

First step, rendam biji benih dalam air sekadar sama paras menggunakan penapis dan bekas sebagai teknik hidroponik.  Kemudian benih tu saya simpan dlm bilik mandi sahaja, letak le tempat yang bersih.  Selepas 2 hari saya keluarkan biar terdedah cahaya pagi selama 2 hari tp elakkan terkena hujan.
 

 Sekarang dah tinggi dan dah hampir penuh bekas.  Saya nak semai sebekas lagi buat sambungan stok.  Later saya update citer pokok nih.


Ini parker neem oil ngan max bloom untuk pertumbuhan pokok dan penjagaan daun2 dari serangan serangga.  Baru guna 2-3 kali untuk pokok cili ngan strawberi.  Belum dpt nak bagi feedback hasil penggunaannya lagi.  Neem Oil ni hasil dr pokok semambu, saya baru dalam proses nak tanam sendiri pokok semambu.  Biasa orang gunakan daunnya untuk ubat demam campak supaya tak gatal.  Kalau nak buat sendiri minyak neem ni pun boleh, campuran daun dengan bunga cengkih yang dikisar dan dimasak selama berjam2 sehingga menghasilkan minyak.  Saya tak ada masa dan tak berapa rajin jadi cari yang dah siap.  Ini versi 500 ml sahaja berharga dalam RM58.  Rasa mcm mahal tp dari satu segi jimat berbulan2 rasanya sebab cuma gunakan 2.5ml sahaja kapasiti minyak dicampur dengan 1000 ml air dan 1 sudu kecil cecair pencuci (yg buat basuh pinggan) dan semburkan ke daun2 pokok yang ada serangan serangga.  Max bloom pula berharga RM70 (x termasuk pos harga2 yang disebut), pengunaan pun sama cuma lebih sedikit 1ml mix dengan 1000ml air.  Siram le pada akar pokok/tanah atau semburan ke daun2 pokok 2 atau 3 hari sekali.  Saya order yang ini dari Sarawak.

TEMPAHAN KIWI CHEESE CAKE


Lama tak buat cheese cake....ini versi cheese cake padat, bukan cotton nyer....kali ni ada request dari my fren yang mmg suka sangat ngan cheese cake bertatahkan kiwi.....luckily sumer ada dalam stok, cuma untuk kali ni versi cheese cake dah upgrade n dah menggunakan kuantiti cheese yang lebih.   Kek manis2 mmg sangat sesuai makan ngan kiwi atau mana2 buahan yang masam2.....mmg kick rasanya.....

RAYA 2015

Raya dah berlalu....masih dalam mood raya rasanya sumer orang....hampir terlupa ngan citer pasal raya.....tahun ni mcm biasa beraya di Kelantan n juga di Kedah.....memandangkan dah mmg menetap di sini, maka raya puasa wajiblah balik kampung saya....rindu kampung dan famili tuhan aje yang tahu......tp anak2 selalu teruja nak balik walaupun boleh balik sekejap sahaja.....

Tahun ni menjahit baju last minute....yang teruja sumer jahit sendiri..eh...tiap2 tahun mmg jahit sendiri tp tahun ni jahit sumer complete ngan tudung sekali.  Tu psl berangkut mesin jahit bawak balik sebab masa tu le baru nak menjahit.  Kakak ngan request tudung nak awning, yg adik x pe, ikut je.....lenkali tak boleh dah buat kerja last minute, kena settle sendiri punya paling awal kalu dak mmg kelam kabut.....



LAZADA REVIEW : PANASONIC NI-FS400 (PINK) STEAM IRON


Hajat hati berangan sungguh nak iron steam ala2 Amway tuh....tp rezeki belum ada le nak rembat rega ribuan tuh.....cari le gak yang berpadanan dengan harga dan worth buying orang kata.  Reiki punya reiki jumpa dekat Lazada....price RM269 termasuk postage sumer.  Berkenan tngk warna pink n design cute miut....puas hati le sbb boleh guna ala2 seterika atas ironing board n leh gunakan gak ala2 gantung mcm steamer garment yg lain.

Dekat page dah sebut siap2 arrival time estimate dalam 4-5 hari gak, so mmg sabar je tunggu....kena pulak termasuk sabtu ahad, so lebih kurang le...saya mmg antara pelanggan setia Lazada, sblm ni saya beli oven, beli mixer, beli pengukus, beli periuk, beli garment steamer, beli bateri phone n mcm2 lagi le....untuk orang yg tak de masa nak rewang2 di kedai, saya pilih Lazada je sebagai tempat membeli belah yang serba serbi ada.

Untuk orang yang dah biasa guna mesin high power, yang ni tak le superb tp puas hati le ngan harga.  Oleh sebab saya bnyk menggunakan kain lycra sbb saya penjahit tudung, mudah je nak menyeterika kain yang kedutnya mmg seribu.....    bentuknya cantik n nampak eksklusif, berbaloi....seterikanya comel je tp apa yang penting, PINK gitu!!!


COOKIES RAYA 2015

Semua homemade by me
RM20 per bekas (no gst, no additional charge)
Order dibuka sehingga 21 Jun 2015 sahaja.
Perlis/Kedah only
(if kedah delivery charge tetap ada....x dapek nak nolong)

Untuk tempahan || Whatsapp 0194242226




Udang Butter Nestum

Menu yang dah common kat mana2...mudah je pun nak buat...


Udang Butter Nestum

Udang (saiz besar 7-8 ekor)
2 ulas bawang putih 
Daun Kari 2-3 tangkai
Susu Segar secukupnya
Nestum secukupnya
Garam (jika perlu)

Campuran telur:
2 biji kuning telur
2 sudu besar butter
4 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak masak dan butter.  Kuning telur dikacau.  Tuangkan kuning telur sedikit tinggi dari kuali sambil sebelah tangan lain mengacau hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyak.

Sediakan kuali.  Panaskan sedikit butter.  Masukkan bawang putih dan daun kari.  Kemudian masukkan udang dan goreng sebentar hingga masak.  Masukkan susu segar sedikit sekadar menyalut.  Kemudian, masukkan campuran telur dan nestum.  Gaulkan hingga sebati.  Tinggalkan sedikit telur dan nestum untuk ditabur.


Rendang Ayam (Tanpa Santan)

Salam Ramadhan dan selamat mengerjakan ibadah puasa.....menu first day puasa.....yang simple2 sahaja....maklum le kalut ngan kerja lagi, jadi penting dapat buat menu yg tak menyusahkan...



Menu mudah, rendang ayam tapi tak de santan....eh ngada2 buat rendang tak bubuh santan....x pe...kira aci sbb kita yang buat, bukan rendang yg buat kita.....jadi nak letak apa, nak bubuh menu apa, nama apa pun masakan itu suka hati janji sedap ditelan anak tekak.....lagipun bukan le kita cakap ni menu tradisional...semua menu2 yang ada mmg dah diolah sesuka hati ikut senang....

Rendang Ayam (Tanpa Santan)

Ayam (potong kecil2 ikut suka)

Bahan Kisar:
2 ulas bawang merah (besar) @ 8 ulas bawang merah biasa
2 ulas bawang putih
2 inci halia
3 hiris lengkuas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili kisar (jika tak mahu pedas)
2 batang serai

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Daun Kunyit 
Daun Limau Purut
Asam Keping
Garam/Gulu secukupnya jika perlu
Air secukupnya

Panaskan kuali.  Masukkan sedikit minyak.  Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Kemudian masukkan bahan kisar dan asam keping, tumis hingga sedikit kering.  Masukkan ayam dan air secukupnya.  Masukkan daun kunyit dan daun limau purut, garam dan gula. Biarkan hingga pekat atau hampir kering (terserah jika nak berkuah, tidak perlu terlalu pekat).




Berkebun Di Kebun Mini

Al kisahnya kebun mini tumpang tanah depan umah je......hehe.....dari dibiarkan lalang tumbuh, ada baiknya le tanam le apa2 yang patut.....banyak jugak kegunaannya nanti....kebun lama dah tak bersentuh, lalang tumbuh melata....buat projek ngan anak2....berpeluh2 jugak.....itu pun belum abis lagi kemas....sambung lagi nanti.....


Yg melata tumbuh adalah pokok kari.....dari satu pokok besar lepas tu habis satu kawasan tu penuh ngan anak2 pokok kari nih.....makan pun tak abis.....dah tak tahu nak simpan ke nak buang....banyak sangat le pulak....di sebalik timbunan lalang, bila dah clear baru nampak pokok daun kunyit tumbuh segar dah...sebelum ni hampir2 tak mau hidup.....sebelahnya ada pokok limau nipis kalu tak silap.....sbb pokok limau purut daunnya lain sikit, dah ada tumbuh besar dah kat depan porch....pokok betik pun ada, pokok serai pun ada, kepala pandan pun ada.......seronok lak tanam pokok2 gini dr tanam bunga la nih...nak kena cari tanah buat next projek menyemai lak....


Nah....sekarang dah clear......letak2 bata2 bagi mcm pagar mcm taman gitu kiki.....tak de le risau sikit nak masuk kebun, maklum le..umah tepi bendang.....cik U pun bnyk kat sini....jadi kena hati2.....itu pokok durian belanda...baru nak belajar berbuah....n sebelahnya pokok mangga......lajak lagi yg tak duduk dlm kawasan yg kena lingkung tu pokok harum manis......yg nampak daun terjuntai ni pun harum manis tp rasanya tak boleh survive lama dah lepas patah aritu.....sbb batangnya aje yg ada, kurus sangat nak tampung berat dahan....sayang pokok dah tumbang masa berbuah lebat aritu.....




Ini kumpulan dalam pasu....ada yg baru dialih.....ada pokok cili padi, ada lagi pokok kari, ada pokok lada bengala.....ada daun kunyit yg tanam balik sbb tercabut masa mengemas kebun tuh.....ada pokok rosemary ngan pokok pudina....yg dalam polibag tu buah2 pelam baru try nak semai....tak tahu menjadi ke idak.....


Hah....yg ni special....tu pun tak tahu leh hidup lama mana.....sbb baru rembat dari cameron hehe.....semangat tngh datang, nanti sambung lagi....

Cuti-Cuti Cuti Sekolah

 Dah last2 cuti sekolah bawa anak-anak bercuti sekali lagi....kesian asik lepak di rumah.....seminggu sebelum tu ke Langkawi sahaja.....tak de port lain, mmg port sama sahaja.....tp tempat favorite untuk relax2kan minda....

Kali ni cuaca sejuk sangat di Cameron....pilihan menginap di Hotel Rainbow sebab dekat dengan semua kemudahan....rasanya dah kali ke 2 stay sini.....sebelum ni dah stay merata2 samada di area Brinchang atau Tanah Rata....

Memandangkan dah selalu datang sini, tak tahu sangat pun nak lepak kat mana....cuma kali ni aim nak start balik mood berkebun.....jadi dah tentu le memborong sayuran dan anak2 pokok herba.....hajatnya nak kerjakan semula kebun mini yang dah jadi lalang tuh....hehe....




Hah...makcik tekun cari benih2 pokok....beli....jangan tak beli....


Ni menu bekpas....sebenarnya hajat nak ke Cameron Valley tu mmg nak makan nasi lemak....suka nasi lemak situ....tp la ni menu nasi lemak daun pisang tu dah x de, dah ganti ngan set nasi lemak lauk ayam dlm pinggan le pulak.....pakat tak de selera dah nak makan....jadi hentam makan sandwich buat alas perut....


Orang pergi Cameron cari fridge magnet cameron....kita lak jumpa fridge magnet yang obersea punya....rembat je le sbb hobi kita tampal2 benda ni kat peti ais....


Cuti-Cuti Cuti Sekolah - Langkawi

Uih....setahun lebih tak berupdate.....dah bersawang......x pe....sambung citer semula.....

First day cuti sekolah, bawa anak2 ke Langkawi....cuma sehari semalam.....lagipun dekat aje.....sekadar makan2 angin....lagipun dah lama dia orang tak ke sana.....yang penting anak2 happy.....


Sampai2 di Langkawi terus sewa keta.....dah call siap2 so tunggu je kat Jeti....dapat le keta Viva Auto RM70 utk sewa sehari semalam.....best sikit bawak sbb keta individu.....terus shoot ke hotel....stay di Pantai Tengah, di The Villa.....nice room, nice stay....


  

  

Esoknya, baru start jalan2....malam tu sekadar pergi makan n round area Pantai Cenang....anak2 berhajat nak naik skycab....sampai di situ kul 12, kul 3 baru tiket free....maklum le cuti sekolah, orang ramai.....duk fikir petang tu dah nak balik, cancel skycab...bukan tak pernah naik, dah pernah dah pun....so try je Muzium 3D....lagipun situ baru, n tempat besar....satu famili masuk kena RM120 untuk entry ke Muzium 3D sahaja....mmg rabak poket kalu masuk sumer tempat kat sini.....haha.....

Bergambar sakan le anak2 pakat berebut soh snap gambar masing-masing.... 






 


 Ini aktiviti malam sebelum tu...ronda2 area kuah di Dataran Lang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...