Thursday, June 18, 2015

Rendang Ayam (Tanpa Santan)

Salam Ramadhan dan selamat mengerjakan ibadah puasa.....menu first day puasa.....yang simple2 sahaja....maklum le kalut ngan kerja lagi, jadi penting dapat buat menu yg tak menyusahkan...



Menu mudah, rendang ayam tapi tak de santan....eh ngada2 buat rendang tak bubuh santan....x pe...kira aci sbb kita yang buat, bukan rendang yg buat kita.....jadi nak letak apa, nak bubuh menu apa, nama apa pun masakan itu suka hati janji sedap ditelan anak tekak.....lagipun bukan le kita cakap ni menu tradisional...semua menu2 yang ada mmg dah diolah sesuka hati ikut senang....

Rendang Ayam (Tanpa Santan)

Ayam (potong kecil2 ikut suka)

Bahan Kisar:
2 ulas bawang merah (besar) @ 8 ulas bawang merah biasa
2 ulas bawang putih
2 inci halia
3 hiris lengkuas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cili kisar (jika tak mahu pedas)
2 batang serai

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Daun Kunyit 
Daun Limau Purut
Asam Keping
Garam/Gulu secukupnya jika perlu
Air secukupnya

Panaskan kuali.  Masukkan sedikit minyak.  Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Kemudian masukkan bahan kisar dan asam keping, tumis hingga sedikit kering.  Masukkan ayam dan air secukupnya.  Masukkan daun kunyit dan daun limau purut, garam dan gula. Biarkan hingga pekat atau hampir kering (terserah jika nak berkuah, tidak perlu terlalu pekat).




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...