Thursday, June 18, 2015

Udang Butter Nestum

Menu yang dah common kat mana2...mudah je pun nak buat...


Udang Butter Nestum

Udang (saiz besar 7-8 ekor)
2 ulas bawang putih 
Daun Kari 2-3 tangkai
Susu Segar secukupnya
Nestum secukupnya
Garam (jika perlu)

Campuran telur:
2 biji kuning telur
2 sudu besar butter
4 sudu besar minyak masak

Panaskan minyak masak dan butter.  Kuning telur dikacau.  Tuangkan kuning telur sedikit tinggi dari kuali sambil sebelah tangan lain mengacau hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyak.

Sediakan kuali.  Panaskan sedikit butter.  Masukkan bawang putih dan daun kari.  Kemudian masukkan udang dan goreng sebentar hingga masak.  Masukkan susu segar sedikit sekadar menyalut.  Kemudian, masukkan campuran telur dan nestum.  Gaulkan hingga sebati.  Tinggalkan sedikit telur dan nestum untuk ditabur.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...